Monday, October 25, 2010

Testing

Hari tu sewaktu on laptop, ada satu sign kat bahagian kanan. Sign suruh update windows. Tanpa berfikir panjang, saya pun klik untuk update. Maka, terinstalllah satu software baru dari windows dalam laptop ni. Software yang dipanggil “Windows Live Writer 2011”. Maka, ini adalah percubaan pertama menulis blog menggunakan software ni. Nampak macam menarik. Heading mirip macam Microsoft Word. Boleh download theme blog lagi. Cubalah rakan-rakan blogger. Saya pun baru mencuba ni sewaktu menunggu masa jugyo berikutnya dekat dai.

Ok, loceng dah berbunyi. Selamat mencuba~

Testing 1, 2, 3…

Wednesday, October 20, 2010

(^_^) terus tersenyum..

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al Ankabut :2)
Hidup ini tak pernah lari dari ujian
Langit tak selamanya mendung
Sampai masa, mentari pasti muncul jua
Rintik-rintik hujan menangis
Namun diakhirnya muncul sebuah pelangi
Mendamaikan sekeping hati

Kita takkan pernah tahu
Apa yang akan terbentang di laluan ini
Yang pasti, kita adalah musafir di sini
Singgah sementara cuma
Untuk menuju destinasi kekal abadi
Bahagia selamanya

Tangisan, keluh kesah hari ini
Jangan sampai menutup mata
Membutakan hati dari kasihNya
Sungguh, Dialah Yang Maha Mengetahui
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bukan mengharap dicepatkan kematian
Bukan berharap dimudahkan ujian
Bukan pula menyesali pilihan hati

Hanya yang kupohon
Agar sekeping hati ini kuat
Tabah mengharungi segalanya
Agar bibir ini terus tersenyum
Dalam duka dan senang
Agar minda ini terus bergerak
Mencari hikmah disebalik setiap ujian
Agar diri ini sentiasa sedar
Hakikat seorang hamba
Lemah dan tak berdaya tanpaNya

Ya Allah
Aku lapar, sehinggalah Kau berikan aku makanan
Aku jahil, sehinggalah Kau berikan aku kefahaman
Aku lemah, sehinggalah Kau berikan aku kekuatan
Aku hina penuh dosa, sehinggalah Kau beri ampunanMu
Redhailah hambaMu ini
Redhailah mereka yang aku kasihi
Tiadalah daya dan kekuatan melainkan denganMu jua



p/s: statement yang sentiasa mengganggu jiwa.
"君の考察が分からない。できれば、英語で書いてください。英語も難しい場合、こっちががんばってるので、何語でも、自由に書いてください。"
@kouhai tachi : jangan ambil mudah penguasaan bahasa. 日本語能力試験を真剣に頑張ってください!!

Thursday, October 7, 2010

Muslimah dan berhias

Minggu lepas saya ke kelas bahasa Inggeris. Lecturer pun bertanya,
Dialog dalam bahasa Inggeris, tapi telah dialih bahasa.

"Dzulaikha, perempuan Muslim boleh pakai make-up tak?"

"(Dengan nada teragak-agak)Boleh...tapi sedikit je la..."

"Oh..kalau saya jadi awak&kalau saya perempuan, saya akan pakai sedikit make-up ke kelas..bukan untuk orang lain...tapi untuk menghargai diri sendiri.."

Dan saya pun tersenyum. Dalam hati berkata, "Isk..teruk sangat ke muka aku ke kelas ni?"

Musim bertukar, sekarang dah masuk autumn kat Jepun. Dah sejuk sikit.
Biasanya kalau sejuk, kulit cepat kering, bibir pun cepat merekah.
Mungkin faktor-faktor yang menyumbang memburukkan wajah saya lagi.
(oh, dah memang buruk nak salahkan cuaca pulakkan...=))

Apape pun, nak share sedikit info tentang petua awet muda.
Diambil dari iluvislam.com.

Selamat Mencuba~

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.


p/s : kene ambil wudhu' sebelum masuk kelas ni...semoga ilmu senang masuk...lecturer pun senang hati tengok...


^melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU^