Berkorban untuk tinggal berjauhan dengan keluarga.
Berkorban untuk belajar ilmu kejuruteraan menggunakan bahasa dan tulisan yang sangat asing.
Berkorban untuk tertinggal majlis-majlis perkahwinan adik-beradik dan saudara-mara.
Berkorban untuk meninggalkan makanan yang sedap-sedap di tanah air.
Berkorban untuk hidup di Negara asing yang tidak faham tentang Islam.
Berkorban meninggalkan zaman belajar universiti tempatan bersama-sama teman seperjuangan.
Akhirnya, saya menyimpulkan bahawa berbaloi atau tidaknya pengorbanan ini, segalanya bergantung kepada diri saya sendiri. Segalanya bergantung kepada bagaimana saya melalui kehidupan di sini, yang menjadikan segala yang saya korbankan ini, membuahkan pengajaran berguna untuk kehidupan dan masa depan saya sendiri.
Hari ini, saat artikel ini ditulis, merupakan hari ke-5 saya di sini. Terdapat beberapa pandangan tentang Jepun terbentang di mata saya. Segala imej yang saya bayangkan dahulu, lenyap entah kemana dan menimbulkan pelbagai imej baru di mata saya.
Sejuk
Ya, Jepun sangat sejuk rupanya. Sejuk yang tidak tergambar oleh saya sebelum ini. Selalunya di Malaysia, cuaca panas menyebabkan kita masuk ke bilik berair-cond, tetapi di sini, keluar sahaja bilik, terasa seakan ada air-cond besar yang sentiasa berangin, dengan suhu yang amat rendah. Serius sejuk. Subhanallah, ternyata air-cond yang Allah ciptakan ini maha hebat berbanding ciptaan manusia.
Menakutkan
Saat pertama kali dibawa keluar ke bandar oleh sempai tachi, saya dapat merasakan Jepun adalah sebuah negara yang menakutkan. Walaupun banyak yang mengatakan Jepun Negara yang selamat, dan saya juga yakin tentang itu, tetapi mungkin kerana kita merupakan warga asing di sini, terasa sangat takut. Takut sesat. Takut nak berhadapan dengan orang Jepun. Takut dengan pandangan pelik masyarakat sini. Takut dengan deretan makanan-makanan sedap yang tidak halal. Takut dengan waktu solat yang tidak seperti Malaysia. Takut dengan cuaca sejuk yang melahirkan malas dan macam-macam lagi.
Mudah
Walaubagaimanapun, hidup di Jepun mengajar saya 1 perkara. Yakni mengajar saya bahawa Islam itu mudah sebenarnya. Mampu diamalkan oleh semua peringkat. Tidak mustahil untuk diamalkan walau di mana jua kita berada. Saya belajar untuk mengurangkan was-was dalam wudhu’ dan solat apabila terpaksa mengambil wudhu’ dalam keadaan cuaca yang sejuk, juga belajar untuk yakin bersolat di mana jua kerana hakikatnya bumi Allah ini bersih.
Macam-macam
Macam-macam saya jumpa di sini. Macam-macam jenis orang, dengan bermacam-macam pula perangai dan peribadi. Macam-macam pula peraturan yang dibuat untuk kemudahan bersama. Macam-macam jenis makanan yang tidak lalu diterima oleh tekak ini. Terasa ingin pulang sahaja ke Malaysia apabila terpaksa berlapar kerana tidak dapat menerima dengan baik makanan-makanan di sini. Terkenang kembali dialog bersama teman-teman sebilik di sini,
“Kalau ada doraemon kan best. Boleh mintak pintu suka hati.”
“Haah la. Nak balik Malaysia. Tak kenyang makan kat sini…”
“huhu..tu la…kalau ada pintu suka hati boleh la kite balik selalu…”
“ok, nanti saya belikan doraemon, awak mintakkan pintu suka hati dekat dia ek…”
Maka, roommate lain pun menjerit, “dzu……….dia buat serius pulak…”
Sekadar lawak serius di malam hari yang menyembunyikan rasa hati yang rindukan tanah air. Rindu mak ayah, rindu teman-teman, rindu makanan, rindu cuaca, rindu toilet, rindu segalanya. Kesusahan di sini menjadikan saya membenarkan peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Semoga pengembaraan ini mematangkan diri, melahirkan insan baru yang lebih matang, sabar dan berhati-hati dalam menjalani hidup penuh dugaan ini.
p/s : Doakan saya ye kawan-kawan. Doa kalian penguat semangat saya untuk terus bertahan dan bersabar dengan kehidupan di sini. Mohon sangat…
salam kak dzu...
ReplyDeletehuhu,alhamdulillah slmt sampai..
moga2 kak dzu n senpai tachi yg laen kuat dan tabah untuk hari2 yang seterusnye..hehe.baru 5 hari tu..:))
salam.. dz..:)
ReplyDeletemoga tabah dinegara orang..
i'Allah sntiasa doakan yg terbaik utk shbt2 semua..
kutiplah sebanyak-banyak hikmah sepanjang pengembaraan:)
kalo sy..
"hujan batu di negara orang, hujan emas di negara sendiri, pastinya lebih baik di negara sendiri.. hehe;)"
rasa mcm nk cerita juga saat2 baru sampai di bumi orang..benar, segalanya indah di tanah air sendiri..tapi susunan Allah, meletakkan kita untuk ditarbiyah di negara orang.
ReplyDeleteiAllah, ada hikmah di stiap sesuatu..
moga istiqamah di jalanNya. a lot of things are waiting in front of you..and only Him place to turn to.
SALAM ZIARAH...ALHMDULILLAH SLMT SMPI...
ReplyDeleteSEMOGA LANGKAH ANDA BERMULA DI BUMI MATAHRI TERBIT..
salam utk semua...
ReplyDeletesorry lme br dpt bukak blk page ni..
@ceca
nak tak nak, ni jalan yang kite pilihkan...
jd, gambaranakya~huhu..doakan akak ye=)
@mazni
tq atas doanya...meh la dtg nihon...
@huda
sou da ne...niat n matlamat kene betul..
semoga segalanya berjalan dengan lancar disini..
@epalhijau
tq..teruskan berdoa utk sy di sini...
doa kalian penguat semangat sy disini...