Saturday, October 24, 2009

Kita takkan mampu

Ingin saya kongsikan sebuah hadith yang sangat memberi kesan kepada hati ini. Semoga kita semakin sedar dengan kekerdilan kita sebagai hamba dan kekuasaanNya sebagai Pencipta dan Penguasa seluruh alam.

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjenguk salah seorang kaum muslimin yang keadaannya lemah hingga seperti orang yang sangat lemah badannya lantaran beratnya penyakit yang dihidapinya.

Rasulullah SAW kemudian bertanya,

“Apakah engkau berdoa dengan sesuatu atau memohon sesuatu kepadaNya?”

“Benar, aku berdoa: Ya Allah, janganlah engkau hukum aku kerananya di akhirat, tapi segerakanlah hukuman untukku di dunia,” jawab orang tersebut.

Maka Rasulullah SAW berkata,

“Mahasuci Allah, engkau tidak akan mampu dan tidak akan sanggup(menerima hukumanNya). Mengapa engkau tidak berdoa, ‘Ya Rabb kami, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat, serta jauhkanlah kami dari api neraka’.”

Anas berkata, “Maka Rasulullah SAW pun mendoakannya hingga Allah pun menyembuhkannya.”

[Hadith riwayat Muslim(2688) dan sebahagiannya diriwayatkan oleh al-Bukhari(4522)]

Ketahuilah yang kita takkan mampu untuk menerima azabNya di dunia mahupun akhirat. Tetapi pohonlah keampunan atas segala salah silap yang kita lakukan kerana sesugguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Semoga kita semua terkesan dengan hadith ini.

Sumber : Seni Menikmati Ujian-Hani Saad Ghunaim


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, October 20, 2009

hikmah ketiadaan internet

Hampir seminggu lebih perkhidmatan internet kami ditarik balik oleh YPM atas sebab-sebab tertentu. Maka, dalam masa seminggu ini juga, banyak masa saya dihabiskan dengan hobi masa lapang saya; membaca buku!!serius~Post ini juga sepatutnya diupload hari jumaat hari tu. Tapi, shikatanaine..

Saya sangat suka membaca buku. Kalau online, sangat suka membaca karya-karya dan artikel-artikel peringatan di blog-blog orang lain. Hikmah ketiadaan internet, masa saya lebih banyak dihabiskan bersama buku-buku. Namun, nampaknya kuasa buku lebih besar ke atas diri saya. Setiap petang dan malam selepas kelas dihabiskan dengan membaca buku. Dalam masa seminggu yang lalu, sudah 3buah buku saya baca. Setiap satunya mengerahkan otak saya untuk ligat berfikir, mencari hikmah disebalik setiap yang ditulis.

Tautan Hati

Inilah buku pertama yang saya baca minggu ini. Saya pasti ramai di luar sana juga telah membaca buku ini. Pastinya kehidupan akhawat dalam suasana tarbiyah yang sangat mantap, mampu melahirkan muslimah yang sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Ada juga sedikit unsur cinta dalam novel ini. Cinta yang terpelihara daripada fitnah dan godaan syaitan, yang menjadi idaman setiap daripada kita. Cinta yang akhirnya membawa seluruh keluarga mencapai redhaNya.

Namun, yang paling terkesan di hati saya adalah kata-kata Asiah Yusro yang memaafkan dan menerima kembali Umar. Bunyinya lebih kurang begini,
Boleh jadi orang yang pernah berbuat dosa itu, hatinya lebih bersih daripada kita apabila dia betul-betul insaf dan Allah menerima taubat mereka..”
Ayat ini seakan memberi ketenangan kepada hati ini apabila mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan saban hari. Masih ada ruang untuk bertaubat, berubah dan memperbaiki diri. Semoga Allah menerima taubat kita semua.


Bercinta Sampai ke Syurga

Ini pula buku kedua yang saya baca. Buku yang telah lama dibeli, tapi saya tinggalkan di rumah untuk memberi peluang kepada emak dan ayah membacanya dahulu. Kerana pasti mereka lebih memerlukannya daripada saya.

Membaca buku ini membawa saya ke dunia realiti. Buku Tautan Hati yang saya baca sebelum ini seakan-akan terlalu ideal dan indah bagi watak-watak di dalamnya. Walaupun terdapat beberapa konflik yang agak berat, dan mungkin juga terselit sedikit realiti masyarakat hari ini, namun masih terserlah keindahan kehidupan mereka di dalamnya. Pastinya insan-insan yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah itu tenang dan indah hidup mereka.

Namun, buku ini pula menceritakan yang sebaliknya. Permulaan perkahwinan yang baik, tidak dapat menjamin pengakhiran yang baik. Semakin ramai yang berkahwin mengikut cara yang terbaik dalam syarak, tetapi tetap tidak dapat mempertahankan atau mengemudi rumah tangga dengan baik. Banyak konflik yang timbul, walaupun perkahwinan berlaku antara insan-insan yang berfikrah islam, insan-insan yang mendapat tarbiyah. Antara puncanya yang dinyatakan adalah mereka ini bagus dari segi syariatullahnya, tapi lemah dari segi sunnatullahnya. Dan ramai di kalangan agamawan ini memandang remeh hal-hal berkaitan rumah tangga. Mereka lebih senang menghadam buku-buku tentang politik kini, tarbiyah dan dakwah, isu semasa umat berbanding dengan perkara sekecil rumahtangga. Yalah, siapa yang tak malu nak beli buku-buku sebeginikan? Membaca buku ini sahaja dah membuatkan orang di sekeliling menghantar pandangan pelik dan senyuman yang ‘bermakna’ kepada kita.

Apa yang saya dapati daripada buku ini adalah untuk kita perlu hidup dengan realiti. Syariatullah dan sunnatullah harus seiring dalam hidup ini untuk kita memperoleh kebahagiaan. Bersederhanalah dalm menjalani kehidupan. Hakikatnya, Ikhwah tetap seorang lelaki, dan akhawat juga tetap seorang perempuan.Tiada yang sempurna dalam dunia ini.

Yang paling saya ingati adalah kata-kata ustaz ini. Mencari jodoh yang baik tidaklah susah. Kerana kita yakin dengan janjinya bahawa jodoh yang ditentukan untuk kita adalah yang terbaik buat kita. Yang susah adalah usaha untuk menjadi baik itu sendiri.

VT


Ini pula buku yang baru sahaja saya habiskan pembacaannya siang tadi. Buku yang sangat best dan boleh mendapat 4/5 bintang daripada saya. Juga sebuah novel islam yang menceritakan tentang semangat kesukanan sebuah pasukan Volleyball yang membawa prinsip ‘sukan adalah satu ibadah’ kepada masyarakat.

Banyak yang saya pelajari daripada buku ini, terutamanya dalam bidang terbiyah. Membina tarbiyah yang berkesan melalui komunikasi yang berkesan, membina hubungan yang baik, dan kebijaksanaan akal fikiran.

Disamping itu, saya juga sangat terkesan dengan cara coach tersebut memberi keyakinan yang mantap kepada anak buahnya. Dan hati mereka akan kembali tenang apabila dibacakan ayat-yat tersebut kepada mereka. Subhanallah..Saya juga menjadi semakin yakin dengan pertolonganNya. Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan kita.

Kesimpulan
Semakin banyak yang kita baca, semakin banyak pula perkara yang tidak diketahui rupanya. Ternyata ilmu Allah itu sangat luas. Hanya Dia jualah yang membukakan pintu hati kita untuk menerima segala ilmu-ilmuNya.

Bacalah dan hayatilah sendiri tulisan-tulisan mereka ini. Kerana saya sangat meminati tulisan ketiga-tiga insan yang dipilih Allah ini untuk menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepada kita, demi mendidik hati-hati kita untuk lebih dekat denganNya.

Semoga semua beroleh manfaat daripadanya. Selamat membaca~

Sangat tak rugi menghabiskan masa membaca ketiga-tiganya!!

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, October 14, 2009

Persepsi berubah~

BTN

Pengalaman yang berharga rasanya kerana berpeluang untuk ke kem BTN selama seminggu. Alhamdulillah banyak manfaatnya apabila kita pergi dengan niat untuk menerima. Sedar yang selama ini diri ini benar-benar jauh daripada perkembangan dunia politik tanah air. Malah keamanan dan ketenangan yang dirasai dan dinikmati di Malaysia hingga ke hari ini, kadang-kadang seperti disyukuri selayaknya.

Ya, persepsi saya berubah terhadap beberapa perkara. Semakin memahami isu yang dibawa mereka. Walaupun dikatakan yang BTN ini adalah program untuk membasuh minda pelajar/kakitangan awam untuk pro-kerajaan, saya dapat rasakan yang itu bukanlah isu utama yang ingin diketengahkan oleh mereka. Pada pandangan saya sendiri, program ini lebih kepada ingin menjadikan kita semua sebagai warganegara yang cintakan tanah air sendiri.

Sebagaimana yang kita lihat hari ini, Palestin yang diserang oleh Israel ditentang habis-habisan oleh bangsa Palestin. Mereka mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk mempertahankan bumi Palestin daripada terus dijajah walaupun harganya setinggi jutaan nyawa rakyatnya. Semuanya kerana adanya rasa cinta dan sayang kepada tanah suci ke3 umat Islam itu.

Lihat pula kepada Negara-negara jiran yang sangat sensitive dan peka terhadap Negara mereka. Warga Thailand yang akan berdiri dimana-mana sahaja sewaktu lagu negaranya dimainkan, rakyat Indonesia yang sangat protektif terhadap isu-isu yang melanda Negara mereka. Saya sendiri melihat yang kita sebagi rakyat Malaysia sangat jauh terkebelakang dalam memupuk nilai cintakan tanah air ini dalam diri kita sendiri.

Tak perlu memberi contoh yang lain, saya sendiri sebelum ini tak pernah mengambil tahu tentang perkembangan Negara ini, apatah lagi mahu menyumbang kepadanya. Kebanyakan perancangan masa depan saya lebih bertumpu kepada kepentingan diri sendiri sahaja. Malah, melihatkan situasi politik Negara dan keamanan yang semakin tergugat ketika ini, saya seperti baru tersedar dari mimpi-mimpi indah semalam.

Bersyukur, saya tersedar sebelum keadaan menjadi lebih parah. Sekurang-kurangnya dapat juga berusaha untuk memperbaiki keadaan menjadi lebih baik. Tersedar yang selama ini saya lebih banyak mendokan kesejahteraan Negara Islam lain seperti Iran dan Palestin, tetapi mengabaikan Negara sendiri. Terlalu selesa barangkali. Suka saya untuk mengingatkan semua, kita bukanlah berada di zon selesa ketika ini. Banyak yang disembunyikan daripada pengetahuan umum supaya tidak menjadi isu yang lebih besar. Hakikatnya, Negara kita juga semakin terancam keamanannya.

Oleh itu, dengan sisa semangat yang ada, ingin saya nyatakan bahawa saya cintakan Malaysia. Harap anda semua juga begitu. Sedarlah yang cinta ini harus dibuktikan dengan tindakan kita. Antara punca kejatuhan kesulatanan Melayu Melaka adalah kerana jatuhnya kerajaan Islam di Andalusia. Maka, saya juga melihat, bangunnya umat Islam di Malaysia hari ini sebagai salah satu penyebab untuk system khilafah Islam bangkit kembali menjadi ustaziyatul alam. Marilah bersama menjadikannya satu realiti, bukan sekadar impian semata.

Perkembangan Terbaru

Untuk makluman, system perkhidmatan internet di asarama kami telah ditarik balik. Maka, ini menyebabkan update di blog ini tergendala buat seketika. Sedang berusaha untuk mencari alternative lain, tapi buat masa ini masih belum bertemu penyelesaiannya.

Semester baru juga telah bermula. Semester akhir untuk diploma di Malaysia. Semester yang sangat sibuk dan semester yang paling banyak bercakap. Berbagai-bagai presentation telah diatur oleh sensei. Stress!!Namun segalanya harus dihadapi dengan hati terbuka. Ada nilai yang ingin diterap oleh sensei untuk kebaikan sendiri.

Permohonan masuk ke university juga telah masuk ke masa menulis boring. Tarikh akhir untuk Yamaguchi Daigaku adalah pada 30 oktober ini. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, October 2, 2009

5K 06 in memories~


Kelapangan masa yang ada di rumah, saya gunakan untuk meninjau-ninjau file2 yang ade dekat PC buruk rumahku ini. Guess what? I found 1 folder named 5K SERATAS 2006. Natsukashiinaa....
Tak sangka pulak setelah 3 tahun berlalu, dan beberapa kali PC ni diformat, masih ada folder gambar sewaktu di SERATAS dulu. Alhamdulillah...selamat lagi gambar-gambar ni dalam simpanan rupanya. Kawan-kawan yang berminat nak simpan gambar2 ni boleh contact saya melalui email or ym. xylannet_03@yahoo.com.

NI gambar2 yang ktorg tangkap untuk diletakkan dalam school magazine. Bergambar di taman tasik taiping...
^from left : ajim, shud, aina, eca^

^gurls of 5kejora 2006^

^the boys^

^semua^
^semua^

^dia yang dah pergi...(Mohd Azamir Mokhtar)^

Ni pulak gambar-gambar di kelas kitorang. Rindu kat sekolah...

^ajim n eca..5kejora..time is money??huhu...^
ni gambar depan kelas...

^mr. chaer..tempat duduk saya depan hamba Allah ni la...^
Nothing comes of nothing...belakang kelas 5kejora...

Beberapa fakta menarik tentang 5Kejora 2006.
1. Terdiri daripada 20 putera n 5 puteri. Maka, sah2lah klau vote untuk apa2 perkara kami akan kalah..
2. Gurls duty untuk sapu sampah je. Sebab ktorg 5org je...cukup untuk 5hari persekolahan..
3. Kerja-kerja mengecat dan kecerian kelas semuanya di bawah tanggungjawab boys kelas ni.
4. Pernah ada pergaduhan gurls vs boys sebab tak puas hati dengan pembahagian tugas untuk keceriaan dan kebersihan kelas.
5. Boys kelas ni pernah merajuk n buat mogok kat ktorg, nama-nama ktorg yang ada kt duty roster sume telah dipadam dan digantikan dengan nama2 diorg. Alasan : kelas ni tak perlukan perempuan untuk kelihatan ceria dan bersih(sebab ktorg tak tolong diorg cat kelas). Tapi seminggu je la kitorg cuti daripada duty.
6. Guru kelas : mr. Shahrul

The Gurls of 5kejora..cartoon version..teka, which one is me??hehe...




Gurls update :
Shud : Uni Pertahanan M'sia
Ajim : New Zealand
Eca : United Kongdom
Aina : Uni Malaya
Dzulaikha : Unisel


p/s : miss u guys...free2 contact lah saya...


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Monday, September 28, 2009

mata gansho...saya CINTAkan tekanan!!

Believe it or not...dah 4 kali gansho saya direject oleh sensei. Darab dengan 2 universiti yang nak masuk dah jadi 8 kali kene reject. Maknanya, dah 8 kali tulis gansho. Adey.....Buat yang tak belajar bahasa jepun, gansho ni macam resume, untuk masuk ke universiti. Kene tulis kenapa nak masuk universiti tu, nak belajar ape kat sane dan plan masa depan.

Tertekan??Tentu sekali...sebab kene buat benda yang sama banyak kali kan...Tapi segalanya atas kelemahan saya sendiri. Memang dari dulu tak minat bahasa jepun dan tak pernah terfikir untuk belajar di jepun. Maka, bahasa jepun adalah kelemahan saya yang utama. Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik, menakdirkan saya untuk berada di sini. Jadi, sekarang bukan masa untuk mengeluh, tapi saya harus terus pandang ke hadapan.

saya CINTAkan tekanan!!
Walaupun ayat ni ibarat satu penipuan kepada diri saya sendiri, tapi saya percaya hanya saya sahaja yang mampu untuk ubah persepsi diri saya terhadap tekanan, tentu sekali dengan izin dariNya. Cikgu saya di SERATAS, Cikgu Zahari pernah cakap,

"Saya sukakan tekanan. Sebab bila ada tekanan barulah saya akan bergerak. Saya boleh berjaya hari ini pun sebab adanya tekanan."

Hari ini, bila saya fikirkan kembali apa yang cikgu pernah cakapkan dulu, mungkin ada kebenarannya. Tanpa tekanan mungkin banyak yang kita tak mampu buat. Dan sebagai manusia yang sering alpa, hanya tekanan yang akan menggerakkan kita ke tahap maksimum yang mampu kita capai.

Tertekan dengan kelemahan diri melawan nafsu?
Kita jadi semakin dekat denganNya...
Kita semakin banyak berdoa, agar diberi kekuatan untuk menempuh hidup ini dalam redhaNya..

Tertekan dengan result yang teruk?
Kita berusaha keras untuk memperbaikinya...
Kita tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran...

Tertekan dengan usaha dakwah yang tidak membuahkan hasil?
Kita memperkaya diri kita dengan pelbagai ilmu dan skill untuk menjadi dai'e yang baik...
Kita memohon kekuatan dari Allah untuk terus tsabat di jalanNya...
Kita doakan yang terbaik untuk mad'u2 kita...

Tertekan dengan orang sekeliling?
Kita berusaha agar tidak menjadikan orang lain tertekan dengan kita...
Kita perbaiki akhlak kita agar disenangi orang lain...

Tertekan dengan kesempitan hidup?
Kita berusaha keras untuk menabung dan naikkan taraf hidup...
Kita belajar bersyukur dan melihat nasib mereka yang lebih teruk daripada kita...

Tertekan dengan gansho?
Kita berusaha keras untuk positive terhadap setiap komen-komen sensei...
Berusaha untuk hasilkan penulisan yang lebih baik...
Berusaha untuk tidak berputus asa denagn ujianNya...

Ya, tapi semuanya ini hanya akan berlaku apabila kita bijak menegndalikan tekanan yang kita hadapi. Dalam erti kata lain, POSITIVE dengan segala yang telah ditetapkanNya untuk diri kita. Berbalik kepada konsep hamba yang sentiasa layak diuji oleh tuhanNya. Setiap dari kita punya ujian yang berbeza-beza. Mungkin inilah ujian yang ditakdirkan untuk saya.

Saya perlu belajar untuk suka terhadap bahasa jepun.
Saya perlu belajar untuk teruja terhadap penghijrahan ke jepun.

Yang paling penting,
Saya harus belajar untuk POSITIVE terhadap segala ujianNya..
Saya harus belajar untuk tidak berputus asa dengan rahmat dan pertolongan dariNya..

Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH SWT...

saya CINTAkan tekanan!!

p/s: tolong doakan gansho yang saya tulis dan repair kali ini diterima oleh sensei ye..onegaishimasu...


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, September 27, 2009

Sifat MANUSIA...renungkan



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."
Hadith Riwayat Ahmad


Huraian
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, September 26, 2009

Thanx wawa!!



Thanx wawa!!
Alhamdulillah, raya tahun ni Allah beri kesempatan untuk luangkan masa bersama wawa. Nisa nak datang jugak, tapi saya masih di kampung waktu tu. Gomenne nisa. Kepada mai asiah pun, gomenne. Tak dapat nak spend masa dengan ko time ko cuti tu. Really2 sorry for that. Anyway, kerinduan pada kawan2 terubat sedikit dengan kedatangan wawa, ibunya dan razman ke rumah. Thanx wawa sebab datang jugak ke rumah tahun ni. Thanx for da omiyage t0o.

Nite at wawa's house

Lepas beraya di rumah saya, kami meneruskan aktiviti beraya ke rumah cikgu zahari pula. Cikgu Mat Rus dan Cikgu Asmah tiada di rumah. Pastu, kami terus ke rumah Hanna pula. Then ke rumah Razman dan wawa. Memandangkan keesokan harinya ada sedikit kenduri di rumah wawa, i spend the nite at her house.

Banyak yang kami bualkan. Teringat kenangan sewaktu di sekolah dulu. Plan nak ziarah huda sebelum huda fly ke Ireland, tapi huda ke KL pulak. Huda, all da best ek..Kitorang sentiasa doakan yang terbaik untuk huda. Gomen sebab tak dapat nak jumpa huda n hantar huda kat airport. Semoga ukhwah yang terjalin, kekal selamanya. I'm gonna miss u. Raya tanpa mazni dan shafa pun dah rasa sunyi. Huda pulak pergi kali ni. :(

Jodoh di tangan Allah

Tak sangka wawa dah semakin matang sekarang. Huhu..tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. I'll pray for both of you. Mak wawa asek cerita pasal bakal menantu dia je.

"Setiap kali solat makcik doa, biarlah Allah tetapkan hati wawa untuk pilih wan. Biarlah hati wawa tertutup untuk orang lain. Wan tu dah la baik, pandai hormat orang tua....dll"

Doa ibu biasanya makbul. Cuma pesan saya, jaga iman, jaga diri, jaga hati. Berserahlah padaNya agar dipertemukan dengan insan yang terbaik untuk kita. Yang dapat membimbing kita menggapai cintaNya dan redhaNya. Mak saya pulak yang risau,

"Mak wawa dah start doakan anak dia dengan wan. Akak nak suruh mak doakan dengan sape?"

"Haha...lawak la mak ni..doa je la akak dapat suami soleh..."




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<