Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan kareem~

Alhamdulillah, akhirnya Allah temukan kita dengan bulan penuh barakah ini..
InsyaAllah, akan bertolak pulang ke Malaysia 15hb Ogos hingga 11hb Sept ini..
Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Dah masuk sekolah Ramadhan ni, nampaknya kita semua harus bekerja keras demi mencapai sijil Taqwa. Semoga lepas grad dari sekolah ni nanti, kita mampu untuk kekal taat dan menahan diri dari melakukan dosa. InsyaAllah. Tahun depan tak pasti lagi boleh masuk sekolah ni lagi ke tak, jadi jom sama-sama maksimumkan dan manfaatkan sebaiknya masa berharga kita kat sekolah ni!!

Wajibat Ramadhan
  • Solat Terawikh
  • Tilawah al-Quran 30 juzuk
  • Qiamullail sekurang-kurangnya 2 rakaat
  • Sahur
  • Istighfar 100kali sehari
  • Infaq sekurang-kurangnya RM1 sehari
Wanita dan i'tikaf
Rindu rasanya indin beri'tikaf bersama-sama adik-adik tersayang seperti ramadhan yang lalu. Semoga adik-adik dikuatkan hati dan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan amalan beri'tikaf pada ramadhan kali ini.

Untuk yang berada di sekitar Shah Alam, masjid Biru atau lebih dikenali sebagai masjid negeri membenarkan dan menyediakan bilik khas untuk para wanita beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang ramadhan. Sahur dan berbuka puasa turut disediakan. Rebutlah peluang keemasan ini!!

Untuk yang tak berkemampuan untuk ke sana, siapa cakap wanita tak boleh beri'tikaf?
Rujuk sini untuk tau lebih lanjut.

Harapan
Semoga ramadhan kali ini, menjadikan kita hamba yang lebih baik untukNya.
Semoga ramadhan kali ini, Allah beri kita kekuatan untuk lebih banyak beramal.
Semoga ramadhan kali ini, Allah redha dengan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

Selingan : Rindu kamu
Semoga Allah hadiahkan yang terbaik untuk saya dan kamu semua.

Trip to kobe : 15 of us


Adik-adik kesayangan

Wednesday, September 16, 2009

coretan hati ini...dah 27 ramadhan...

Akhirnya sampai juga kita ke malam ini, malam 27 Ramadhan 1430H. Bgaimanakah ramadhan yang kita lalui sebelum ini? Puas hati dengan segala amalan? MArilah duduk sebentar dan merenung kembali ramadhan kita. Mulakan plan untuk mengekalkan tahap amal kita di bulan -bulan akan datang, sebagai persediaan untuk the next ramadhan. Semoga ramadhan-ramadhan akan datang menjadi lebih baik untuk kita.

Dah jumpa lailatulqadar?
Soalan yang pasti menjerut hati kita. Meresahkan hati tatkala orang lain berbincang berkenaan perkara-perkara pelik yang mereka lalui, tanda berjumpanya dengan lailatulqadar?Kita pula bagaimana? Teruskanlah beramal dan beramal seperti biasa. Sesungguhnya hanya keampunan Allah dan redhaNya yang kta caari dalam hidup ini. Jangan pernah berhenti berharap dan menadah tangan untuk menagih ampunanNya dan pembebasan daripada api neraka. Semoga kita termasuk golongan yang beruntung.

Terkenangkan dia
Malam tadi, apabila ustaz memberi ceramah dan mengatakan seluruh alam menangisi pemergian ramadhan ini. Saya terkenang kepada dia, sahabat yang telah pergi bertemu Allah SWT. Arwah mohd Azamir Mokhtar. Perginya pada awal tahun lalu memberi kesan yang besar buat saya. Pengajaran buat saya juga supaya sentiasa mengingati mati.

Kami tak banyak berhubung di kelas. Bercakap apatah lagi. Saya dengan buku-buku saya, beliau dengan rakan-rakannya. Tapi, kami tetap rapat walau tanpa bicara. Tak ramai yang tahu, tapi...

Teringat, apabila tibanya hari lahir saya, sudah ada hadiah di bawah meja.

Apabila beliau kemana-mana program hoki atau lawatan di luar sekolah, pasti ada ole-ole di bawah meja atau dalam locker. Pasti kepulangannya dibawa bersama dengan sedikit buah tangan untuk saya.

Bukanlah nilai material itu yang hendak dicanangkan, cuma sekadar cebisan ingatannya pada saya yang mencuit hati ini.

Apa pula yang saya lakukan untuknya?
Seminggu lamanya setelah pemergiannya, saya masih berendam air mata dan tak putus-putus menyedahkan surah Yasin untuk arwah, supaya tenang rohnya di sana. Namun, selari dengan pertambahan masa, namanya juga telah luput dalam doa-doa saya. Cuma hari ini saya disedarkan kembali. Tanda ingatannya pada saya sewaktu di zaman sekolah dulu, harus dibalas dengan setimpal. Semoga dia terus kekal dalam ingatan dan doa kita semua.

Kembali kepadaNya
Semoga Allah merahmatinya selalu. Sejak memilih jalan ini, saya tak banyak berhubung dengannya. Di hari lahir terakhirnya pun, ada sahabat datang untuk mengingatkan, "jangan lupa wish amer ek..hari ni bday die..". Tapi saya hanya tersenyum dan tidak mengambil sebarang tindakan. Sesungguhnya pandangan Allah lebih utama. Hingga akhirnya dia dijemput bertemu Rabbnya. Hanya Dia yang mampu berikan yang terbaik buat dia, saya dan kita semua. Kembalilah kepadaNya. Tiada yang kekal di dunia ini.

Kalau manusia yang berjasa dan berbuat baik pada kita pun, kita ada common sense untuk berbuat baik kepadanya, apatah lagi zat yang telah menyumbang kepada kehidupan hari ini.

Allah yang memberikan kita nikmat hidup.

Allah yang memberikan kita kasih sayang ibu dan bapa.

Allah yang memberikan kita rezeki yang tidak putus-putus.

Allah yang memilih untuk menjadikan kita seorang muslim.

"Maka, nikmat tuhanmu, mana yang kamu dustakan?"(ar-Rahman)

Dan banyak lagi nikmat yag tidak terhitung oleh kita. Maka, kembalilah kepadaNya. Taati perintahNya dan tinggalkan laranganNya, tanda kita berterima kasih atas segala pemberianNya buat kita. Walaupun kita ini insan jahil, hina dan penuh lumpur dosa. Allah tak pernah lupakan kita.


al-Fatihah untuk arwah...


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, September 10, 2009

boleh ke wanita beriktikaf?

Alhamdulillah...berjaya masuk ke fasa terakhir bulan ramadhan...sahabat, jom tambah amal!!

Menjawab persoalan di atas, boleh ke wanita beriktikaf? Ya, boleh. Isteri-isteri Rasulullah SAW juga beriktikaf di masjid sewaktu 10 malam terakhir ramadhan. Tapi, tak bahaya ke wanita beriktikaf di masjid2 atau surau2?

Kalau melihatkan keadaan di JAD sendiri, surau tbp contohnya, agak kurang selamat bagi kaum wanita untuk beriktikaf di dalamnya. Hal ini kerana surau lelaki dan perempuan hanya dipisahkan oleh tirai sahaja. Malahan security sistem juga tak begitu mantap.

"jadi, x berpeluanglah kita semua nak dapat pahala iktikaf macam ni..."kata aminah.

Jangan risau, saya pun baru mengetahui tentang fakta ini pagi tadi sewaktu kelas Pengajian Islam oleh Ustaz Saedal. Wanita boleh beriktikaf di rumah sendiri, di tempat yang dia biasa solat. Alhamdulillah. Berikut adalah sedikit penerangan tentang dalil-dalilnya. Dicopy daripada website Ustaz Zaharuddin.

Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?

Jawapannya:

Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagaimana lelaki di masjid. bagaimanapun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.

Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut " dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid" ( al-Baqarah : 187 )

Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.

Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)

Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boeh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.

Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai

yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.

Berikut pula adalah amalan-amalan yang dilakukan sewaktu iktikaf.

Amalan-amalan semasa iktikaf.

Sebenarnya tidak ada bagi iktikaf itu satu-satu amalan dan bacaan yang tertentu yang tsabit dari Rasulullah SAW selain daripada kesungguhan baginda dalam beriktikaf dan beribadat pada sepuluh akhir Ramadhan lebih daripada masa-masa yang lain.

1.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَجْتَهِدُ فِيْ الْعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهَا.

Maksudnya : Daripada Siti Aisyah RA, ia berkata : Adalah Rasulullah SAW bersungguh-sungguh (di segi beribadat) pada masa sepuluh akhir Ramadhan lebih banyak daripada (ibadatnya) pada masa-masa lain. (Sohih Muslim raqm 1175 2/832)

2.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.

Maksudnya : Daripada Siti Aisyah RA, ia berkata : Adalah Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan, bersungguh-sungguhlah baginda pada mengerjakan ibadat (dengan meninggalkan tidur dengan isterinya), baginda menghidupkan malamnya dan menggerakkan isteri-isterinya, (supaya bangkit beribadat bersama-samanya). (Muttafaq 'Alaih : Sohih Al-Bukhari 2/255, Muslim 2/832)

Berkata An-Nu'man b. Basyir : Kami dapat adakan Qiamullail bersama-sama Rasulullah SAW pada malam yang kedua puluh lima hingga kepada setengah malam dan pada malam yang kedua puluh tujuh hingga kepada masa yang kami sangka kami tak sempat lagi hendak bersahur, kerana terlalu lewatnya. (Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah raqm 2204, sanadnya hasan).

Berkata As-Syafie dan sahabat-sahabatnya : Adalah sangat baik bagi orang yang beriktikaf bahawa ia memenuhi masanya dengan amalan-amalan taat seperti : solat, tasbih, zikir, membaca/tilawah Al-Quran dan belajar serta mengajar, juga mentalaah kitab-kitab dan menulisnya. (Al-Majmu' 6/458).

Tetapi setengah ulama' berpendapat bahawa dikehendaki supaya setiap orang yang beriktikaf itu hanya menumpukan masanya dengan amalan asasi bagi iktikaf sahaja, iaitu zikir, solat, tilawah Al-Quran dan doa. ( Mawahibul Jalil dan Al-Taj Wal Iklil 2/461, Muktasar Baghiah Al-Insan min Wazaifi Ramadhan Libni Rajab, M/s 30).


Semoga kita sama-sama diberi kekuatan untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini. Minna, gambattene..


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, August 22, 2009

Khutbah ramadhan

Dipetik daripada blog Saifulislam.com
Baginda s.a.w. bersabda:

kemudahan-ramadhan

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Allah SWT pertemukan kita lagi di ramadhan kali ini. Hati bergetar hebat saat membaca rangkap ini dalam post Abu Saif Khutbah Jumaat:Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri. Dalam banyak yang dipesankan, part yang ini paling menyentuh hati saya. Benar, Allah telah melorongkan segala jalan untuk kita membuat kebajikan dan kebaikan serta menghalangi kita daripada godaan syaitan di bulan yang mulia ini.

Sebelum ramadhan, mungkin kita biasa dengar dialog-dialog sebegini.

"Syaitan la ni yang hasut aku mandi lambat. Dah tak sempat nak solat berjemaah kat surau..."

"Ala...jangan la cakap camtu...aku takut esok bila dah masuk ramadhan, aku lagho lagi tengok cerita petang2, lambat mandi nak salahkan sape pulak?"

Ramadhan tiba untuk melatih kita sentiasa taat kepadaNya dan berhati-hati dalam setiap urusan harian kita. Supaya puasa kita tidak hanya sekadar lapar dan dahaga.

Kenapa part ni yang menarik hati saya?

Kerana saya juga merasakan begitu payah untuk beramal di bulan ini walaupun segala jalan telah disediakan kearahnya. "Seolah-olah kita tidak tertarik pula dengan tawaran Allah dan ganjarannya". Takut dengar ayat ni. Takut untuk mengetahui kondisi iman di hati. Segala yang buruk itu daripada syaitan atau diri kita sendiri. Semoga hati-hati kita sentiasa tertarik untuk mendekatkan diri denganNya dan menambah amal di bulan mulia ini. InsyaAllah..

Yosh~, minna...gambare!!


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<