Showing posts with label ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label ulasan buku. Show all posts

Tuesday, September 14, 2010

ole-ole dari Malaysia

Alhamdulillah selamat sampai di Narita airport pada 12 Sept, lebih kurang pukul 11.47 pagi waktu Jepun. Uruskan penghantaran beg, imigresen dan lain-lain, akhirnya selamat sampai di rumah pukul 3.00 petang menaiki train biasa.

Hari ni pula bergerak ke universiti untuk membetulkan seizu(lukisan kejuruteraan) yang direject dahulu. Esok dah kene hantar. Ok, cukup tentang update terkini. Sekarang tengah menunggu waktu berbuka puasa di Jepun.

Ole-ole dari Malaysia
Balik hari tu saya bawa 8 ole-ole dari Malaysia, untuk bekalan di sini. Ya, 7 buah buku baru =)
7 daripada buku ni dibeli di MPH KLIA sewaktu pulang ke Malaysia dan sewaktu nak balik nihon hari tu sebab waktu bercuti, tak sempat nak singgah kedai buku. Lagi satu amek dekat rak dekat rumah. Mak saya tak suka tengok saya baca buku. Sebab bila saya dah start baca, tak ada lah yang akan menolong mak mengemas rumah, memasak, basuh, sidai kain dan lain-lain sebab kebiasaannya bila saya dah start pegang buku, susah nak tinggal selagi tak habis baca. Hari tu pun dah kene sound beg berat sebab banyak bawak buku.

Buku 1 : Denyut Kasih Medik oleh Dr. Farhan Hadi

Beli buku ni sebab doktor yang tulis dan bercerita tentang kerjaya seorang doktor. Pernah bercita-cita untuk berkahwin dengan doktor, sebab mereka sibuk. Hm, i need time for myself and my girlfriends too. Jadi kalau berkahwin dengan orang yang sibuk, saya akan ada lebih masa untuk diri sendiri dan masa untuk buku-buku, masa untuk bangun lambat di hari minggu dan lain-lain. Apape pun, kene baca dulu buku ni untuk tau kehidupan seorang doktor pelatih tu macam mana sebenarnya.

Buku 2 : Bumi Cinta oleh Habiburrahman el Shirazy

Tak tau kenapa pilih untuk beli buku ni. Tak banyak pilihan pun untuk buku-buku bahasa Melayu di MPH KLIA, jadi dalam banyak-banyak yang ada tu, saya pilih buku ni. Mungkin sebab penulisnya terkenal, pasti ceritanya menarik dan banyak pengajaran. Jadi pilih untuk beli buku ni.

Buku 3 : The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey

Beli buku ni supaya saya boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Seorang yang lebih berguna dan bertanggungjawab pada diri, agama dan keluarga. InsyaAllah, baca saja pun tak guna kalau tiada usaha untuk berubah. Semoga Allah bagi saya peluang dan kemudahan untuk menjadi insan yang lebih baik. Tolong doakan ye kawan-kawan. Amin...

Buku 4 : Men are from Mars Women are from Venus oleh John Gray

Beli buku ni sebab dari dulu lagi orang suruh beli dan baca, tapi tak pernah berpeluang untuk memilikinya. Pernah download dan baca yang pdf punya, tapi 1st page je, terus takde mood sebab bukan buku. Lecturer kat sini pun suruh baca, jadi atas rasa ingin tahu yang tinggi terhadap kandungan buku ni, saya pun memilih untuk beli. Hari tu check dekat amazon, harga dalam 1100++, kalau convert dalam RM lebih kurang RM40++. Fikir balik, baik beli je dekat Malaysia. Lagi untung.

Buku 5 : Mars and Venus Starting Over oleh John Gray

Buku ni dijual sekali dengan yang di atas. 2 for RM49.99. Jadi beli je. Mungkin berguna bila saya ada bergaduh dengan orang, atau untuk merjernihkan perhubungan dengan sesiapa nanti. Akan di baca bila perlu.

Buku 6 : How to feel confident oleh Leil Lowndes

Saya memang mempunyai masalah personaliti. Tengah berusaha untuk menjadi seorang yang baik. Jadi, apapun kene mula dengan dalaman atau hati. Kene bina keyakinan dalam diri dulu untuk berubah, jadi pilih untuk beli buku ni.

Buku 7 : How to talk to anyone oleh Leil Lowndes

Saya pun ada masalah komunikasi jugak. Jadi, atas kesedaran tu, pilih untuk beli buku ni. Masa balik hari tu, pergi reunion bersama rakan-rakan sekolah, dan nisa ngan mai cakap saya memang tak berubah. Cakap main lepas je. Adik dengan abang pun cakap perkara yang sama bila mak tegur kami tiga beradik yang bising-bising di meja makan,
"Korang ni sampai bila nak bising-bising ni?"
Adik dengan abang berpandangan sesama mereka, senyum dan cakap,
"Sampai kakak insaf.."
Hm, banyak yang perlu dimuhasabah ni. Plus adik cakap lagi,
"Patutla ko tak boleh pakai purdah lagi kak..."
Semoga dapat jadi lebih baik lagi.

Buku 8 : Jejak Para Khalifah oleh Amru Khalid

Ni buku yang tak habis baca. Baru habis baca tentang Saidina Abu Bakar. Masuk sikit tentang Saidina Umar. Sangat best. Plus, Amru Khalid yang tulis. Penulis favourite saya. InsyaAllah, sebelum baca buku yang lain-lain tu, plan nak habiskan yang ni dulu. Dulu penat hafal kisah mereka untuk exam SPM, alhamdulillah dapat A. Tapi kali ni, pilih untuk baca, supaya dapat contohi jejak mereka. Kalau tak dapat contohi pun, sekurang-kurangnya, dapat tahu bagaimana mereka hidup sehingga Allah janjikan syurga untuk mereka.

Semoga masa-masa terluang sebelum start sem baru ini akan terisi dengan baik.
Semoga, semakin banyak yang saya baca, semakin banyak yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan ini.



p/s : Kawan2 yang kat nihon nak pinjam meh la datang rumah beraya =)


Tuesday, October 20, 2009

hikmah ketiadaan internet

Hampir seminggu lebih perkhidmatan internet kami ditarik balik oleh YPM atas sebab-sebab tertentu. Maka, dalam masa seminggu ini juga, banyak masa saya dihabiskan dengan hobi masa lapang saya; membaca buku!!serius~Post ini juga sepatutnya diupload hari jumaat hari tu. Tapi, shikatanaine..

Saya sangat suka membaca buku. Kalau online, sangat suka membaca karya-karya dan artikel-artikel peringatan di blog-blog orang lain. Hikmah ketiadaan internet, masa saya lebih banyak dihabiskan bersama buku-buku. Namun, nampaknya kuasa buku lebih besar ke atas diri saya. Setiap petang dan malam selepas kelas dihabiskan dengan membaca buku. Dalam masa seminggu yang lalu, sudah 3buah buku saya baca. Setiap satunya mengerahkan otak saya untuk ligat berfikir, mencari hikmah disebalik setiap yang ditulis.

Tautan Hati

Inilah buku pertama yang saya baca minggu ini. Saya pasti ramai di luar sana juga telah membaca buku ini. Pastinya kehidupan akhawat dalam suasana tarbiyah yang sangat mantap, mampu melahirkan muslimah yang sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Ada juga sedikit unsur cinta dalam novel ini. Cinta yang terpelihara daripada fitnah dan godaan syaitan, yang menjadi idaman setiap daripada kita. Cinta yang akhirnya membawa seluruh keluarga mencapai redhaNya.

Namun, yang paling terkesan di hati saya adalah kata-kata Asiah Yusro yang memaafkan dan menerima kembali Umar. Bunyinya lebih kurang begini,
Boleh jadi orang yang pernah berbuat dosa itu, hatinya lebih bersih daripada kita apabila dia betul-betul insaf dan Allah menerima taubat mereka..”
Ayat ini seakan memberi ketenangan kepada hati ini apabila mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan saban hari. Masih ada ruang untuk bertaubat, berubah dan memperbaiki diri. Semoga Allah menerima taubat kita semua.


Bercinta Sampai ke Syurga

Ini pula buku kedua yang saya baca. Buku yang telah lama dibeli, tapi saya tinggalkan di rumah untuk memberi peluang kepada emak dan ayah membacanya dahulu. Kerana pasti mereka lebih memerlukannya daripada saya.

Membaca buku ini membawa saya ke dunia realiti. Buku Tautan Hati yang saya baca sebelum ini seakan-akan terlalu ideal dan indah bagi watak-watak di dalamnya. Walaupun terdapat beberapa konflik yang agak berat, dan mungkin juga terselit sedikit realiti masyarakat hari ini, namun masih terserlah keindahan kehidupan mereka di dalamnya. Pastinya insan-insan yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah itu tenang dan indah hidup mereka.

Namun, buku ini pula menceritakan yang sebaliknya. Permulaan perkahwinan yang baik, tidak dapat menjamin pengakhiran yang baik. Semakin ramai yang berkahwin mengikut cara yang terbaik dalam syarak, tetapi tetap tidak dapat mempertahankan atau mengemudi rumah tangga dengan baik. Banyak konflik yang timbul, walaupun perkahwinan berlaku antara insan-insan yang berfikrah islam, insan-insan yang mendapat tarbiyah. Antara puncanya yang dinyatakan adalah mereka ini bagus dari segi syariatullahnya, tapi lemah dari segi sunnatullahnya. Dan ramai di kalangan agamawan ini memandang remeh hal-hal berkaitan rumah tangga. Mereka lebih senang menghadam buku-buku tentang politik kini, tarbiyah dan dakwah, isu semasa umat berbanding dengan perkara sekecil rumahtangga. Yalah, siapa yang tak malu nak beli buku-buku sebeginikan? Membaca buku ini sahaja dah membuatkan orang di sekeliling menghantar pandangan pelik dan senyuman yang ‘bermakna’ kepada kita.

Apa yang saya dapati daripada buku ini adalah untuk kita perlu hidup dengan realiti. Syariatullah dan sunnatullah harus seiring dalam hidup ini untuk kita memperoleh kebahagiaan. Bersederhanalah dalm menjalani kehidupan. Hakikatnya, Ikhwah tetap seorang lelaki, dan akhawat juga tetap seorang perempuan.Tiada yang sempurna dalam dunia ini.

Yang paling saya ingati adalah kata-kata ustaz ini. Mencari jodoh yang baik tidaklah susah. Kerana kita yakin dengan janjinya bahawa jodoh yang ditentukan untuk kita adalah yang terbaik buat kita. Yang susah adalah usaha untuk menjadi baik itu sendiri.

VT


Ini pula buku yang baru sahaja saya habiskan pembacaannya siang tadi. Buku yang sangat best dan boleh mendapat 4/5 bintang daripada saya. Juga sebuah novel islam yang menceritakan tentang semangat kesukanan sebuah pasukan Volleyball yang membawa prinsip ‘sukan adalah satu ibadah’ kepada masyarakat.

Banyak yang saya pelajari daripada buku ini, terutamanya dalam bidang terbiyah. Membina tarbiyah yang berkesan melalui komunikasi yang berkesan, membina hubungan yang baik, dan kebijaksanaan akal fikiran.

Disamping itu, saya juga sangat terkesan dengan cara coach tersebut memberi keyakinan yang mantap kepada anak buahnya. Dan hati mereka akan kembali tenang apabila dibacakan ayat-yat tersebut kepada mereka. Subhanallah..Saya juga menjadi semakin yakin dengan pertolonganNya. Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan kita.

Kesimpulan
Semakin banyak yang kita baca, semakin banyak pula perkara yang tidak diketahui rupanya. Ternyata ilmu Allah itu sangat luas. Hanya Dia jualah yang membukakan pintu hati kita untuk menerima segala ilmu-ilmuNya.

Bacalah dan hayatilah sendiri tulisan-tulisan mereka ini. Kerana saya sangat meminati tulisan ketiga-tiga insan yang dipilih Allah ini untuk menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepada kita, demi mendidik hati-hati kita untuk lebih dekat denganNya.

Semoga semua beroleh manfaat daripadanya. Selamat membaca~

Sangat tak rugi menghabiskan masa membaca ketiga-tiganya!!

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, August 14, 2009

Langit ilahi~


Alhamdulillah, setelah sekian lama membaca buku ni, khatam juga akhirnya. Semasa melayari blog Abu Saif, ada terbaca komen-komen orang tentang buku ini yang akan dilancarkan di pesta buku tempoh hari juga, tapi masih tidak terniat untuk beli. Hanya 2 buah buku karangan Abu Saif yang menjadi matlamat saya sewaktu ke pesta buku dahulu.

Sampai di gerai Galeri Ilmu, saya terus mencapai buku-buku Abu Saif(bercinta hingga ke syurga dan rindu bau pohon tin) sambil membelek-belek majalah Anis yang dijual. Promoter pun menghulurkan buku ini kepada saya.

"Belilah dik...buku ni pun best jugak...sama macam buku yg adik amek tu...penulis die tulis website jugak..."

"o0oo..."

Saya pun membelek-belek cover dan melihat pengarangnya.

"handsome jugak ustaz ni..."monolog dalam hati.

Tapi tak terbeli jugak. Minggu depannya sewaktu pesta buku hampir berakhir baru saya digerakkan hati untuk membeli buku ni. Lepas beli dan baca, memang tak rasa rugi pun. Secara keseluruhannya, buku ni macam himpunan artikel-artikel pendek. Artikel-artikel motivasi yang membuatkan kita kembali menghitung diri kita. Siapa kita, dan siapa Allah SWT. Buku yang banyak mengajar saya untuk merendah diri dan berasa hina dihadapannya. Kerana sememangnya hakikat kita manusia, adalah hamba kepada Allah SWT.

Pengarang buku ni namanya Hilal Asyraf. Websitenya adalah www.langitilahi.com. Dan yang mengejutkan adalah beliau rupanya sama umur dengan saya. Subhanallah...di saat diri ini masih tercari-cari misi dan tujuan hidup di dunia, insan hebat ini sudah pun mengarang buku untuk mengajak kita semua menjadi hamba. Semoga Allah merahmatinya dan mempermudah segala urusannya.

Kepada yang berminat nak baca, boleh pinjam daripada saya. Semoga kita semua terdidik untuk menjadi hamba yang terbaik untukNya. InsyaAllah...

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, July 3, 2009

awak nak yang macam mana?

Assalamualaikum...terasa telah lama tidak menulis kepada anda semua. Sibuk, penat kimochi warui(bad mood) semua menjadi penyebab saya menyepi kebelakangan ini. Jadi sebelum memulakan kerja menulis report suwa sensei minggu ni, maka saya rasa perlu untuk saya mencoretkan sesuatu untuk kita fikir-fikirkan di hujung minggu ini. Sesuatu yang penting, tapi mungkin sedikit ringan buat kepala kita jika dibandingkan dengan memikirkan cara mendapat jawapan kiko atau zairyou, dan mungkin tidak sepening membuat kousatsu untuk report. Sesuatu yang santai, tapi penting untuk kita hadam dan fikirkan bersama.

Soalan ringkas yang saya tanyakan kepada teman-teman, mungkin anda juga pernah bertanya kepada rakan-rakan anda perkara yang sama.

"Awak nak kahwin dengan orang yang macam mana?"

"Selain agama, kene la cari yang berharta. Kita nak dakwah pun perlukan duit jugak. Tak boleh nak dinafikan, kewangan yang baik tu pun menjamin keharmonian rumah tangga." Jawab aida.

"Saya takut saya nusyuz nanti. Memang kene cari yang handsome la. Takde duit pun xpe, nanti boleh kaya jugak kalau usaha. Tapi muka memang xleh nak ubah. Memang takutlah nusyuz.." Jawab linda.

"Saya tak nak kahwin dengan tabligh, nanti kene tinggal. Saya penakut, mana boleh tinggal saya sorang2. Kalau tak, tinggal 2 hari kene bagi 2ribu, tinggal 40 hari, kene bagi 40ribu. Boleh la saya shopping dengan isteri2 tabligh yang lain...haha"

"Taknak dekat **** jugak sebab nanti kahwin mesti die suruh jual kerepek..." Kata xxx.

"Saya memang tak kisah la...nak poligami pun xpe. Tapi kalau poligami dgn awk, mesti die sayang sy lebih sebab saya comel lagi..." Jawab liana.

"Saya bukan cantik sangat pun nak yang hensem. Yang biase2 dah la..." Jawab siti.

Anda mungkin tersenyum mendengar jawapan mereka ini, tapi itulah realitinya. Setiap kita mesti punya ciri tersendiri yang kita jadikan kayu ukur untuk kita pilih yang terbaik buat diri kita. Tapi, apa yang lebih menarik ialah, apa yang diceritakan dalam buku ni.


Buku yang hanya 88 mukasurat, tetapi mengandungi pelbagai hikmah buat kita semua. Yang menceritakan bagaimana harus kita mengurus urusan cinta dan perkahwinan itu ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Buku ini menceritakan seorang wanita yang sangat baik dan alim. Ramai yang datang berjumpa dengan ibubapanya untuk menyuntingnya menjadi penyeri hidup, tapi ramai yang tertolak. Persoalannya, mengapakah mereka di tolak?

Setiap kali mereka merisik dirinya melalui ibubapanya, ada di antara mereka yang mengambil nombor telefon dan sebagainya untuk berhubung dengannya. Mungkin sebagai langkah perkenalan sebelum meniti ke alam rumah tangga.
Maka, setelah ibubapanya memberitahu si polan ni ada merisik, pasti tak lama selepas itu ada sms2 dari nombor yang tak dikenali untuk bertanya khabar dan berkenalan dahulu.

Wanita ini sangat tidak senang dengan sikap-sikap mereka ini yang berhubung terus dengannya. Tidak cukupkah sekadar bertemu dengan kedua orang tuanya? Mengapa perlu menghubunginya terus? Maka setiap kali dipinang, setiap kali itu juga dia melaksanakan solat istikharah, dan hatinya pasti tidak tenang dengan mereka-mereka ini.

Namun, satu hari ibunya menelefon dan memberitahu, dia telah dipinang oleh seorang lelaki. Maka dia pun melaksanakan solat istikharah, dan dia tenang dengan keputusannya lalu menerima pinangan lelaki tersebut. Kalau tak silap, selepas merisik dan si wanita bersetuju, 3 hari selepas itu terus datang rombongan meminang dari pihak lelaki. Sugoi jyan, sono otoko.

Dan lelaki itu tidak pernah menghubunginya selepas itu, sehinggalah tarikh perkahwinan ditetapkan dan mereka berkahwin. Setelah berkahwin dan melihat barang-barang hantaran, si wanita terkejut dengan pemberian lelaki tersebut. Nak tau apa dia bagi? Baca sendiri...hehe..

"Ha? Nape jubah ni saiz XXL? Awak ingat saya besar ek?"

"Manela saya tau saiz awak, hari tu masa tunang nampak macam besar je.."

"Tak kesah ke kahwin dgn orang besar?"

"Tak kesah...yang penting agama..."

Dalam banyak2 yang saya ceritakan, inilah yang ingin saya sampaikan. Sugoi jyan..Mungkin inilah hadiah dari Allah buat pencintaNya yang sangat menjaga hati dan perhubungan sebelum perkahwinan. Dihadiahkan seorang insan yang mampu menerima dirinya, segala keburukan dan kekurangan kerana nilai agama yang ada padanya.

Pernah tak terfikir, tanpa Islam mampukah kita untuk hidup dengan baik pada hari ini? Beragama dan berakhlak Islam mengangkat darjat kita sebagai makhluk terbaik ciptaanNya. Jadi, tunggu apa lagi...Jom kita amalkan Islam yang sebenar...Cara hidup yang menjamin kebahagian buat kita di dunia dan akhirat...:)


p/s: anda nak kahwin dengan orang macam mana? :p


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, March 24, 2009

Terapi Solat Tahajud

Tajuk : Terapi Solat Tahajud
Penulis : Mohammad Salleh, Ph.D (kata pengantar oleh Dr. Danial Zainal Abidin)
Keluaran : PTS Millennia Sdn. Bhd.


Tahajud, mukjizat penyembuh penyakit? Mahukah anda mengerjakan solat di samping itu dapat menguatkan sistem tubuh badan? Sekiranya mahu, maka tunaikanlah solat tahajud. Kajian membuktikan solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan ia berupaya meningkatkan kesihatan tubuh. Berdasarkan kepada kaedah psikoneuroimunologi, ia mampu mencerdaskan ketahanan tubuh dengan menguatkan sistem imunisasi. Bahkan, individu yang sedang menderita sakit-sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud.

Menakjubkan? Ya. Oleh sebab itulah, solat tahajud disifatkan sebagai mukjizat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad kepada umat Islam. Hakikatnya, jika tidak kerana takut perintah solat tahajud membebankan umatnya, pasti beliau terus mewajibkan solat tahajud. Namun begitu, malangnya hari ini, tidak ramai yang tahu kehebatan solat tahajud khususnya sebagai terapi penyembuhan.

Buku yang mesti dibaca, especially bagi bakal-bakal doktor sebab buku ini adalah hasil karangan seorang doktor daripada indonesia dan pengisiannya tidak banyak tentang nas-nas naqli, tetapi dalil-dalil aqli, info-info sains tentang anatomi sistem kekebalan imunisasi tubuh. Secara jujurnya, banyak yang saya tak faham sebab saya bukan medic student. Nanti nak suruh mai or nisa terangkan. Tapi yang paling terkesan adalah menurut buku ini, solat tahajud juga boleh mendatangkan penyakit bagi yang tidak ikhlas melakukannya. Hal ini menunjukkan keikhlasan hati(ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam) amatlah berpengaruh dalam pelaksanaan ibadah. Apape pun, semoga bermanfaat untuk semua.

Doa Nabi Muhammad semasa beliau bangun dari tidur bagi solat tahajud

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
KepunyaanMu seluruh kerajaan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah Cahaya langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Hanya bagiMu segala pujian,
Engkaulah Yang Maha Haq,

JanjiMu itu Maha Benar,
Pertemuan denganMu adalah benar,
Kata-kataMu adalah benar,

Syurga itu benar, Neraka itu benar,
Para nabi itu adalah benar,
Muhammad adalah benar,
Dan Hari Kiamat itu adalah benar.

Ya Allah, hanya untukMu aku menyembah,
Hanya kepadaMu aku beriman,
Hanya kepadaMu aku bertawakal,

Ya Allah,
KepadaMu aku kembali,
KeranaMu aku berjuang, dan
kepadaMu pula aku berhakim.

Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,
Ampunilah aku daripada dosa yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan,
Dan daripada dosa-dosaku yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku.

Engkaulah yang Menyegerakan dan Engkaulah yang Mengakhirkan,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Dan tiada daya dan kekuatan, melainkan kerana Engkau,
Ya Allah…

(hadith riwayat al-Bukhari)



p/s : to unisel student, boleh pinjam buku ni dekat library. Sebab saya pun pinjam library punye.