Showing posts with label JAD. Show all posts
Showing posts with label JAD. Show all posts

Friday, January 1, 2010

Memori di JAD dan harapan 2010

Terasa seperti masa terlalu cepat berlalu. 2010 menjelma juga akhirnya. InsyaAllah bulan mac ini, saya dan rakan-rakan akan berangkat meninggalkan Malaysia. Berpisah mencari sebuah kehidupan untuk masa depan masing-masing. Post ini lebih kepada hidup saya selama 3 tahun di JAD. Kenangan yang amat berharga sepanjang 20 tahun hidup saya ini. Di sini tempat saya mengenal kembali diri saya dan untuk apa saya hidup. Bumi tempat saya menerima tarbiyah. Pastinya kenangan itu sangat manis. Dan tarbiyah itu menjadi bekalan untuk menempuh kehidupan penuh cabaran di masa akan datang.

Semoga pengajaran 3 tahun ini, akan menjadikan saya dan rakan-rakan semua insan yang lebih berjaya dalam meniti kehidupan di dunia dan akhirat.

Menyingkap Memori
2007 : Matrix
Tanggal 7 Januari 2007, saya dan rakan-rakan lain telah diterima untuk program intensif bahasa inggeris dan bahasa jepun. Sejak itu, kami membina ukhwah, berkenalan dan bersahabat dengan orang dari serata negeri. Sebilik dengan Baqiah dan Afiqah, banyak membantu saya untuk mempelajari dialek kelantan. Suatu yang amat saya hargai. Terima kasih kepada kamu berdua.

Tahun ini juga, saya diterima menjadi pelajar JAD. Seminggu selepas mendaftar, seseorang telah datang, menjalin hubungan, menawarkan sesuatu yang berharga buat diri ini dan rakan-rakan. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalan saya untuk mendekatiNya. Tarbiyah datang tanpa dipinta.

Program-program ilmu pula sangat banyak memenuhi hujung-hujung minggu. Tahun yang sangat bermakna buat saya. Terima kasih kepada sempai-sempai yang tidak jemu-jemu mengajak untuk ke majlis-majlis ilmu ini.

Prestasi akademik juga meningkat, membuatkan hati ini lebih yakin. Yakin yang terjun ke medan tarbiyah dan dakwah bukanlah suatu keputusan yang salah, walaupun banyak masa dicurahkan di sini.

Kepada kouhai tachi : Walaupun dah agak lambat, tapi pesan akak gunakanlah masa anda di zaman matrix dengan sebaiknya untuk menggali ilmu-ilmu yang banyak di bumi JAD. Carilah matlamat sebenar anda di sini.

2008 : U1
Tahun ini adalah tahun yang penuh cabaran buat saya. Tahun yang paling banyak ujian dariNya. Tahun yang penuh dengan kedukaan yang mendewasakan. Tahun yang banyak mendedahkan saya realiti medan juang ini. Tahun yang paling banyak kesilapan dan konflik.

Sungguh, jalan ini tidak ditaburi dengan karpet merah dan kemewahan, tapi penuh dengan duri-duri dan cabaran. Cabaran yang mendewasakan.

Konflik dengan rakan-rakan.
Konflik dengan sempai.
Konflik dalaman untuk memilih yang terbaik buat diri sendiri.

Tarbiyah setahun itu, belum cukup untuk saya menjadi seorang hamba Ilahi yang sempurna. Maka, banyak kesilapan yang dilakukan dalam proses mengenali diri sendiri dan menegakkan apa yang dirasakan benar. Kesilapan yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pemikir. Berfikir sebelum bertindak dan berkata-kata. Kata orang, ibarat menarik rambut di dalam tepung, berhati-hati agar tepung tidak berselerak dan rambut tidak terputus.

Kepada sesiapa yang pernah terlibat dalam konflik bersama saya tahun 2008 dulu, hanya maaf yang mampu saya ucapkan atas segala kekhilafan diri. Saya juga seorang manusia yang tidak terlepas dari berbuat salah. Kata-kata yang tidak sedap didengari, tindakan yang kurang ajar dan sebagainya, harap tidak berbekas di hati kalian.

Tahun ini juga, saya membuat keputusan yang besar dalam hidup saya. Melaburkan diri dalam medan dakwah secara serius, demi mengutip janjiNya di akhirat nanti. Demi sebuah pembelaan, yang saya juga sebahagian daripada pejuang agamaNya.

2009 : U2
Tahun ini adalah tahun kenangan. Tahun saya meneliti kembali segala potensi diri untuk bergerak mencapai redha Ilahi.

Ada jatuh, ada bangunnya sendiri.

Yang pasti, tahun ini lebih tenang daripada tahun-tahun sebelumnya. Fokus saya hanya kepada pentarbiyahan diri, dan belajar untuk memberi. Memberi demi diri sendiri.

Pelajaran yang semakin sukar, mengajar saya erti kegagalan. Hidup ini ibarat roda. Up is good, but down is not for eternal. Kita tidak selalu berada di atas. Adakalanya perlu berada di bawah, agar dapat belajar kerendahan hati dan kesabaran.

Hubungan sesama rakan dan kouhai semakin baik. Tahun yang menceriakan keseleruruhannya.

Hanya iman yang naik dan turun secara ekstrim. Menstabilkannya adalah terlalu sukar. Semoga Allah kuatkan hati ini untuk terus berusaha mencapai redhaNya dalam hidup ini.

Tahun ini juga, saya mula bergiat aktif sebagai seorang penulis dan blogger. Menulis di sini dan juga di azzariyat. Balajar melakar kata-kata yang mampu menyuntik hati sendiri dan orang sekeliling, agar sama-sama mendapat manfaat untuk hari akhir nanti. Sukar sebenarnya untuk menjadi seorang penulis yang merealisasikan kata-katanya sendiri. Terbayang azab Allah terhadap golongan yang hanya pandai berkata-kata, membuatkan kadangkala saat iman menurun, saya bertindak menyepikan diri. Takut diri ini tidak mampu untuk melaksanakannya.

Semoga segala yang telah berlalu, memberi pengajaran buat diri ini untuk memperbaiki diri pada tahun-tahun akan datang.

Harapan 2010
Takut sebenarnya melangkah ke tahun baru ini. Takut untuk berazam baru, takut untuk meniti hari-hari yang mendatang. Semoga segalanya lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Ada beberapa perancangan sebelum melangkah keluar dari bumi Malaysia. Rasa tanggungjawab untuk meninggalkan sesuatu yang berharga buat kouhai tachi di sini. Agar tarbiyah di bumi JAD ini akan berterusan.

Peperiksaan akhir yang hanya tinggal sebulan sahaja lagi, harap dapat dihadapi dengan sebaiknya.


Ya Allah, bantulah kami semua untuk menjalani kehidupan ini dalam redhaMu.
Bantulah kami untuk memperbaiki diri kami, dan meningkatkan amal kami untuk dipersembahkan kepadaMu nanti.
Ikhlaskanlah hati kami dalam setiap amal kami. Semoga segalanya diterima disisiMu.

Amin.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Thursday, November 19, 2009

What you seek for is what you get

Alhamdulillah, setelah sekian lama berfikir dan berfikir untuk mencari hikmah atas setiap kegagalan yang menimpa saya kebelakangan ini, saya dihadiahkan sebuah pengajaran oleh Allah SWT. Segalanya berlaku pada hari sabtu yang lalu..

Dialog di dalam surau..

“dzu, mcm mane dengan waku-waku tadi?Awk menang tak? Dapat pizza tak?”

“hehe..tak menang pun…tapi tak kesah pun sebab bukan itu yang saya cari kat sane …”

“oh..awak dapat ukhwah ek?”

Saya hanya tersenyum sebagai jawapan. Sewaktu kertas siapa yang ingin hadiri waku-waku nihongo day diedarkan di kelas lagi, saya bersimpati dan kagum dengan semangat sensei yang menggunakan modal sendiri untuk hari nihongo tersebut. Namun, saat itu, saya masih mencari driving force untuk saya hadiri acara tersebut. Report dan happyou, mensetsu, dan kesuntukan waktu.

Akhirnya, saya teringat akan buku “kiat-kiat menarik hati” karangan seorang ikhwah Ikhwanul Muslimin. Buku yang menceritakan kekreativitian ahli-ahli ikhwan dalam menyampaikan dakwah dan mengumpul ahli dalam kalangan masyarakat. Ada yang sanggup berpura-pura terpijak kaki orang, membaca majalah secara terbalik dan lain-lain lagi semata-mata ingin mencuri tumpuan orang lain dan memulakan perbualan. Hal ini sangat terkesan pada hati saya yang Allah hadiahkan pelbagai aktiviti menarik di JAD yang mampu saya manfaatkan untuk membina ukhwah dengan rakan-rakan dan kouhai tachi, sebagai permulaan kepada usaha dakwah.

Bukan ini yang saya ingin ulaskan sebenarnya. Tapi frasa what you seek for is what you get. Saya tidak merasakan satu kerugian atau pun satu pembaziran masa menghadiri waku-waku nihongo day walaupun pulang tanpa sebarang hadiah, semuanya kerana bukan itu matlamat saya ke sana.

Menyingkap Kegagalan
Hal ini membuatkan saya terfikir kembali, mengapa saya sering merasa frust dengan kegagalan yang saya alami kebelakangan ini walaupun banyak yang saya pelajari daripadanya.

「失敗から学ぶ」kata peribahasa jepun. Hal ini membuatkan saya kembali muhasabah diri,

Apakah tujuan saya inginkan kesempurnaan dalam setiap kerja?
Apakah tujuan saya untuk sentiasa menjadi yang terbaik?
Apakah tujuan saya untuk jadi orang yang berjaya?

Kalau redha Allah yang dicari untuk setiap perkara ini, segala yang saya lakukan yang selari dengan syariat dan peraturannya, diiringi dengan niat yang ikhlas untukNya, pasti akan saya perolehi walaupun kegagalan yang muncul akhirnya. Kerana bukanlah hasil yang dipandang oleh Allah SWT, tapi sejauh mana kita berusaha untuk mencari redhaNya dalam setiap yang kita lakukan.

Pengajaran dari VT
Buku ini banyak mengajar saya untuk menetapkan matlamat yang betul untuk berjaya. Hari ini baru saya sedari hikmahnya. Patutlah Allah takdirkan saya baca buku tersebut, kerana Allah ingin mengajar saya sesuatu. Buku ini menceritakan kisah pemain-pemain volleyball. Tapi matlamat mereka untuk menjuarai sukan tersebut bukanlah semata-mata ingin mendapat gelaran johan, tetapi demi mempamerkan imej Islam yang sebenar. Bersukan dengan seluar panjang dan menjaga waktu solat sewaktu latihan dan pertandingan, masih boleh berjaya. Islam itu tidak mengongkong dan sesuai untuk diamalkan oleh semua orang termasuk atlit. Dan akhirnya mereka berjaya setelah berkali-kali gagal sebelumnya.

Coach mereka juga sentiasa mengingatkan agar memperbetulkan kembali niat, saat kemenangan semakin menghampiri. Saat kegagalan menjengah pula, keyakinan pada pertolongan Allah diterapkan dalam hati walaupun skor mereka 0. Sangat bermakna.

Keyakinan Pada kekuasaan Allah SWT
Setiap hari kita berdoa dan berdoa. Kadangkala terselit rasa, betul ke Allah dengar doa aku ni? Kenapa Allah tak makbulkan pun permintaan aku? Ketahuilah, rasa-rasa hati inilah yang menggugat kepercayaan kita kepada Allah SWT dan kekuasaanNya.

Allah SWT yang mampu menghidupkan orang yang mati.
Allah SWT yang mampu menyejukkan dan menyamankan api untuk keselesaan dan keselamatan Nabi Ibrahim.
Allah SWT yang mampu membelah lautan untuk menyelamatkan Nabi Musa.
Allah SWT yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Lihat sendiri keyakinan Nabi Muhammad SAW saat baginda dan saidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur. Betapa takutnya Abu Bakar sehingga beliau mengatakan

“kalau salah seorang daripada mereka melihat tapak kakinya, pastinya kita akan dijumpai.”

Tapi Rasulullah SAW dengan tenangnya menjawab,

“Apakah engkau menyangka kita hanya berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga.”

Betapa Rasulullah ingin menerangkan kepada Abu Bakar saat itu yang Allah tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka. Allah akan menyelamatkan dan melindungi mereka.

Berubah dan Mendapat Pertolongan Allah
Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan agar terus yakin dengan pertolongan Allah walaupun setelah berkali-kali kita gagal dalam hidup ini. Dan lakukanlah perubahan, demi sebuah kejayaan.

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

(surah ar-Ra’d:11)
Yakinlah dengan ayat Allah ini. Perubahan itu harus bermula dengan diri kita sendiri, sebelum Allah membantu kita. Carilah driving force dan mokuteki(matlamat) yang betul untuk kita berubah, agar segalanya tidak terhenti sekerat jalan sahaja.

Dosa kecil yang membesar
Melihat komen akmal pada post yang sebelum ini, saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulis. Hal ini menambahkan keyakinan saya pada tafsiran saya berkenaan satu ayat al-Quran. Setiap kali membaca al-ma’thurat, ayat ini menarik perhatian saya.

“Allah melindungi orang yang beriman. Mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.”

Setiap kali berbuat dosa, saya terasa yang Allah tak melindungi saya. Dalam erti kata lain saya bukanlah tergolong dalam kalangan orang beriman yang mendapat perlindungan daripadaNya.

Mungkin kita semua terhindar dari melakukan dosa-dosa besar seperti zina, minum arak, derhaka kepada ibubapa dan sebagainya. Tapi mungkin kita terlepas pandang dosa-dosa kecil kita yang kita lakukan tanpa kita sedari setiap hari. Dosa-dosa yang berkumpul dan berkumpul menjadi dosa besar yang menghalang rahmatNya dan cahayaNya untuk masuk ke dalam hati kita semua.

Apa yang saya sedari, selama ini saya agak mengambil mudah persentuhan tangan dengan bukan muhrim sewaktu muamalat harian. Membayar makanan di shokudo, membeli barang di petronas, membuat passport dan lain-lain. Mungkin kerana kebiasaan berurusan begitu, jadi kita seakan memandang remeh hal ini.

Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, sesetengah daripada kita memandang remeh batasan aurat sesama jantina yakni daripada pusat hingga ke lutut. Mungkin hal ini juga yang menjauhkan kita dari rahmatNya.

Maka, marilah kita semua kembali beristighfar atas segala dosa-dosa kecil yang kita lakukan dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.


Semoga hidayah Allah itu kekal menjadi milik kita selama-lamanya.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, September 8, 2009

Jom Surau 2~

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hadir ke program Jom Surau kali ini. Tahun lepas ada last minit program ISMA, jadi tak dapat hadirkan diri. Program berjalan dengan agak lancar dan tenang. Tak berminat untuk komen tentang setiap slot, cuma sedikit komen tentang keseluruhan program. Sudah lama rasanya tidak berkesempatan untuk menjadi peserta program-program sebegini. Kebiasaannya datang dengan tiket sebagai ajk atau fasilitator, namun kali ini diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjadi pendengar dan peserta program. Alhamdulillah.

Sesi bermula dengan menyanyi lagu tema program dan beberapa ucapan. Semua orang seperti malu untuk mengeluarkan suara. Jadi, saya pun berkata kepada kohai di sebelah,

"Akak suka sangat lagu ni...sedap kan...jom nyanyi same2.."

BArulah kedengaran sedikit suara. Sengaja menempatkan diri di kalangan kohai tachi, demi merapatkan jurang dan mendengar sendiri komen-komen mereka tentang program yang berjalan.

Pengisian
Tak dapat dinafikan, setiap slot memberi impak sedikit kepada iman di hati. Rasa bersemangat kembali untuk beramal. Terasa diri semakin jauh dariNya sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah, diberi sedikit sinar dengan kehadiran ke sini. Walaupun, mungkin telah beberapa kali mendengar ceramah atau slot yang sama, tetap memberi kesan kepada hati ini.

Jumpa Sempai

Alhamdulillah...kali ni dapat jugak jumpa kak yong. LAst year kak yong cakap nak balik, tapi last minit cancel. Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan untuk jumpa balik. Kak yong lah antara insan-insan yang memperkenalkan saya dengan tarbiyah. Memberi ruang kepada saya untuk turut serta ke program-program luar yang akhirnya membuatkan saya kembali mencari motif kehidupan ini. Kak yong, arigatoune...

Bersembang pula dengan kak sue, sempai wawa kat hiroshima dai. Terasa kecil pula dunia ini. Wawa tak jadi datang, Allah hadiahkan kak sue pulak untuk bercerita tentang perkembangan wawa kat sana.

Soalan Yang Terkesan
Sementara menunggu ceramah seterusnya berlangsung, akmal pun membebel tentang beberapa perkara dan isu umat Islam. Lalu, seorang kohai bertanya,

"Akak, macam mane ye abang akmal ngan akak-akak sume ni boleh bercakap tentang Islam sampai macam tu?"

Saya tersenyum mendengarnya.

"hm, percaya tak, kalau akak cakap...segalanya bermula dengan usrah.."

"usrah je?"

"hm, usrah dan tarbiyah...kalau kite betul2 komited dengan usrah...insyaAllah, satu hari nanti boleh cakap pasal Islam macam tu jugak.."

Dikala ini, teringat ungkapan, 'Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah'.

"macam mana akak boleh bertudung labuh?"

Soalan yang sering ditanya. Tapi jawapannya tetap sama. Segalanya bermula dengan usrah. Ada juga sahabat yang bertanya,

"Kenapa kene pakai tudung labuh? tudung yang biasa ni pun dah cukup untuk tutup auratkan...nanti orang takut nak dekat ngan kite..macam mana nak sampaikan dakwah?"

"Sebab tu kite kene jadi orang yang bertudung labuh dan boleh bergaul baik dengan masyarakat. Be cheerful, be friendly to others. Hilangkan ketakutan mereka pada golongan yang bertudung labuh dengan menjadi orang bertudung labuh yang boleh bargaul dengan semua orang."

Pengurusan & Makanan
Baik. Mantap la kakda n da geng dgn kouhai tachi. Semoga tahun-tahun akan datang lebih baik lagi. Makanan sahur pun sedap. Gee buat air sedap sangat sampai tak cukup. =p

Tapi....
Satu yang masih kita tak dapat nak ubah, gap antara sempai dan kouhai. Mungkin kita semua merasa lebih senang untuk bergaul dengan orang yang telah lama kita kenal dan rapat. Pepatah pun ada mengatakan yang "Only wet babies like changes". Faham yang semua orang tak suka kan perubahan. Tapi, ingatlah rakan-rakan, akidah dan islamlah yang akan menyatukan kita semua. Ambillah peluang dalam program-program yang sebegini untuk menambah kenalan dan membina hubungan dengan orang lain. Semakin ramai yang kita kenal, semakin banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada setiap orang.

Penghargaan
Terima kasih buat mereka yang banyak menyumbang tenaga untuk menjayakan Jom Surau kali ini. Semoga segala amal dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT di bulan mulia ini.

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<