"Kalau dah bertahun-tahun join tarbiyah, tapi orang sekeliling tak merasai perubahan diri kita. Mesti ada salah-silap dimana-mana dalam tarbiyah kita" (Ustaz Abdul Halim)
Monday, February 14, 2011
Pedas
Wednesday, February 9, 2011
Hamba Allah atau hamba makhluk?
Dan Allah juga ada membezakan antara orang yang inginkan syurga dan neraka dengan jelas juga. Allah menyebut orang-orang yang ingkar dengan panggilan fasiq, zalim, munafiq, kafir dan pelbagai lagi. Kerana di situ perlu ada garis pemisah yang jelas dan terang.
Jadi dari tajuk di atas pun jelas juga. Persoalannya antara hamba Allah atau hamba dunia? Cuba kita nilai-nilaikan berdasarkan soalan-soalan di bawah:
- Antara solat dan bermain video game, mana yang kita utamakan? Kalau dah azan dan masih terlekat di video game sehingga berlalu waktu baru hendak solat, kita hamba Allah atau hamba video game?
- Antara menutup aurat dan berpakaian yang dituntut syara’ dengan berpakaian mengikut peragaan semasa, mana yang menjadi keutamaan kita? Jika ke kenduri kahwin kita berkebaya ketat belah ke peha, atau ketika bermain bola sepak berseluar pendek hingga nampak bahagian atas peha, kita hamba Allah atau hamba makhluk?
- Antara menunaikan solat dan teruskan belajar di perpustakaan ketika sudah masuk waktu, yang mana menjadi keutamaan? Jika kita lebih selesa teruskan belajar dan tunaikan solat saat dah pulang ke rumah sedangkan masjid/musolla/ruang solat hanya sekangkang kera dari perpustakaan adakah kita hamba Allah atau hamba ilmu?
Ini hanyalah beberapa persoalan yang masih kabur. Pastinya ramai yang akan mendatangkan hujah untuk mendapatkan ketenangan jiwa, agar terus menjadi hambaAllah.
Bagi yang beria-ia belajar tentang agama dan menelaah pelbagai fiqh da’wah etc, perlulah kita pandai menilai, antara menjadi hamba Allah dan hamba makhluk, yang mana pilihan hati?
Mungkin kita perlu terjemahkan semula erti ‘hamba’ dan memperkenalkan istilah lain bagi penganut islam. Mungkin boleh guna ‘muslim 50′ kerana iltizamnya ia pada perintah Allah 50-50. Waktu mudah dan senang, dia jadi hamba Allah, waktu susah sedikit, dia pilih untuk ‘relax’ sebentar dari mengabdikan diri kepada Allah. Boleh juga ‘flexi muslim’, bila ada perkara atau urusan yang menguntungkan dia atau boleh menggugat keadaannya, ia menjadi hamba makhluk tetapi jika tiada apa-apa yang berisiko, ia kembali menjadi muslim – tersengguk-sengguk bersolat dan mencari Quran.
Betullah apa yang difirmankan Allah s.w.t.
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku.” Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. (Az-Zumar: 49)
Allah s.w.t. yang mengurniakan ilmu kepada kita, tetapi kita lebih bergantung kepada usaha dan keringat dan waktu kita berpulun berjam-jam untuk mendapatkan ilmu dari meletakkan anugerah ilmu itu sebenarnya daripada Allah s.w.t.
Suatu kata hikmah daripada Syeikh Ibn Athaillah as-Sakandari; “Tanda bergantung kepada amal adalah lemahnya raja’ (pengharapan) kepada Allah saat ditimpa kepayahan”.
Herm…musim imtihan melanda lagi. Apakah kita akan menjadi hamba Allah atau hamba makhluk? Fikir-fikirkan.
Artikel dipetik dari sini.
p/s: buat yang masih belum habis exam, teruskan perjuangan. Buat kouhai tachi yang tengah exam di Malaysia, semoga dipermudahkan segalanya. Tingkatkan usaha dan tawakal. Percaya diri, yakini janji Ilahi!
Friday, February 4, 2011
Pada usia inikah?

Pada usia tertentu seseorang sepatutnya mula memikirkan secara bersungguh-sungguh akan situasinya pada kehidupan akan datang. Iman bukan sekadar impian tetapi kerja keras untuk memastikan apa yang di impikan tercapai. Pada usia itu ia harus menghabiskan lebih banyak masa untuk menekuni persiapan untuk kehidupan di alam baru..menghayati janji-janji tuhan.
Wednesday, February 2, 2011
Kouhai tachi e~

Program ini terbuka kepada semua pelajar, lelaki dan perempuan yang akan melanjutkan pelajaran ke Korea dan Jepun.
Semoga kita semua beroleh sedikit gambaran tentang kehidupan di Korea dan Jepun, cabaran hidup di sana dan bagaimana mahu survive sebagai seorang Muslim. Membina benteng iman, melahirkan rasa izzah terhadap Islam yang dianuti. Jangan lepaskan peluang! Boleh hubungi nombor yang tertera di atas untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran. Ataupun boleh juga diemailkan kepada ismajepun@yahoo.com.
皆、もう少しだけです。また日本に合いましょう~
p/s:tak pasti pernah tulis kat blog ni ke tak...tapi, hidup kat nihon tak seperti yang saya pernah jangkakan. Buat adik-adik yang dah nak fly, mahupun yang belum pilih dai, better siapkan diri dan kokoro junbi sebaiknya. Boleh baca cerita/pandangan saya tentang nihon di sini.
Monday, January 31, 2011
Dakwah Bukan Milik Kita
‘Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan serta berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”.’ [QS:41:33]
Wednesday, January 26, 2011
Betulkan langkah kakimu sayangku..
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.”
Tsauban berkata,
“Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”(HR Ibnu Majah)
Bismillahirrahmanirrahim.
Kutujukan bingkisanku ini buat mereka yang bergelar pendokong serta penggerak dakwah walau di mana kalian berada.
Kutujukan juga tulisanku ini buat adik-adik rantaian dakwah yang bakal bergelandangan di arena dakwah luar negara.
Juga kutitipkan perkongsianku ini buat sahabat yang tetap teguh di atas jalan yang dipilih ini. Moga Allah memberkati usaha kalian.
…………………………………………
Penulis pernah diingatkan oleh seseorang bahawa suatu jalan tidak akan ada penamatnya melainkan dengan adanya titik mulanya. Tidak akan ada perjalanan melainkan dengan adanya permulaan kepada perjalanan tersebut. Maka amatlah penting bagi kita untuk memilih permulaan yang betul bagi mencapai penamat yang benar. Langkahan pertama itu akan menjadi penentu ke mana kita bakal menjejakkan kaki di akhirnya. Adakah di tempat yang benar-benar ingin dituju ataupun tersimpang jauh dari penamat yang satu.
Begitu juga dalam memilih permulaan kepada jalan dakwah ini. Jika permulaannya cacat, maka pengakhirannya sudah pastinya hanya penat yang kita dapat dan jika permulaannya adalah hasad, maka di hujungnya sudah pastinya fasad. Tetapi jika ianya dimulakan dengan niat yang suci, maka sudah tentu pengakhirannya adalah murni dan jika ianya dmulakan dengan langkahan yang benar, maka di hujungnya pasti ada sinar.
Ibtida’ yang murni ataupun permulaan yang murni.
Permulaan kepada usaha menyampaikan kebenaran.
Permulaan kepada suatu usaha yang berpanjangan.
Permulaan kepada suatu jalan yang dipenuhi onak duri serta cabaran.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [Muhammad, 47 : 7]
Bagi menjadi rujukan kepada alam (ustaziatul alam), ianya dimulai dengan pembinaan jiwa yang lunak kepada Islam. Bagi membina jiwa sebegitu, akal dan hati perlu bersama berganding bahu. Bagi memastikan ianya terjadi, maka kuncinya adalah niat yang suci. Pendidikan (tarbiyah) yang berterusan akan memastikan lahirnya seorang akh yang jiwanya selembut Abu Bakr, setegas Umar, sepintar Ali malah tinggi sifat malunya laksana Uthman.
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri?” [Fussilat, 41 : 33]
Sama-sama membetulkan langkahan pertama kita, menyucikan niat kita semata-mata kerana Allah serta murnikan hasrat kita semua. Mudah-mudahan Allah melihat segala usaha murni kita.
Penulis akhiri tulisan kali ini dengan kata-kata seorang alim:
“Al fatrah ba’da mujahadah min fasadil ibtida” (kelesuan selepas mujahadah disebabkan oleh kecacatan di permulaannya).
Mohd Zol Helmi Md Zuki
Sumber: Laman Web ISMA Eropah

