Friday, June 18, 2010

ありがとう。。ベストフレン!!


Sahabat, 誕生日おめでとう~

Walau kita banyak perbezaan,
saya suka makan sotong, awak suka udang,
saya suka beras nihon, awak suka beras siam,
saya suka pink&hijau, awak suka putih&purple,
saya kalut&serabut, awak tenang&cool,
saya banyak cakap&merungut, awak diam&mendengar,
saya kedekut, awak suka shopping,
Tapi awak terima saya seadanya, ありがとう~

Sahabat,
saya tahu saya tak mampu nak jadi
adi yang selalu dengar masalah awak,
tina&elin yang selalu jadi teman shopping awak,
kakda&luni yang selalu bersama awak,
berd&gee yang selalu menghiburkan hati awak..
Tapi awak terima saya seadanya, ありがとう~

Maaf kalau selama ini saya banyak menyusahkan awak,
Maaf kerana saya tak mampu nak jadi seperti mereka untuk awak,
Terima kasih sebab terima saya sebagai kawan awak.


ありがとう。。ありがとう。。。ベストフレン~




"Ya Allah aku sayang sahabatku ini, Kau kasihilah dia sepertimana Engkau mengasihi para Rasul&hamba-hambaMu yang soleh...Berkatilah umurnya, dan kurniakanlah yang terbaik untuk dunia&akhiratnya...Peliharalah ukhwah antara kami hanya semata-mata keranaMu dan temukanlah kami kembali di syurga nanti...Amin.."



^melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU^

Thursday, June 17, 2010

KILAS Siri1..Jom sertai~

Assalamu'alaikum, apa khabar?

Moga kalian sentiasa senjahtera di bawah lembayung karunia dan kasih sayang Allah.

Kepada semua bekas-bekas pelajar SERATAS,

iPIS(Ikatan Pelajar Islam SERATAS) bakal menghantar beberapa orang ahli untuk melakukan ziarah sekaligus melaksanakan penyelidikan berhubung keadaan semasa di SERATAS.

Antara objektif dan matlamat penting diadakan Projek KILAS ’10 ini adalah untuk mewujudkan suasana mesra antara bekas pelajar dan warga sekolah, mengeratkan tali silaturrahim antara iPIS, para guru dan staff sekolah, menyampaikan nasihat berguna dan membangkitkan motivasi pelajar SERATAS dan juga hasil kajian yang bakal dimanfaatkan secara bersama dengan pihak sekolah bagi menambah baik serta meningkatkan mutu dan kualiti pelajar SERATAS.

Butiran program adalah seperti berikut

Tarikh / Hari : 23hb - 24hb Jun 2010 / Rabu - Khamis

Tempat kajian : Sekolah Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak.

Sasaran : guru, pelajar, pentadbir sekolah, staf sokongan


Bagi yang berminat menjadi relawan penyelidik untk program KILAS '10, sila hubungi Fazril - 0132775313

Untuk maklumat lanjut berkenaan tentatif dan modus operandi boleh email kepada saya di xylannet_03@yahoo.com.

iPIS akan terus berusaha. Kejayaan hanya semata dari Allah. Allahu Ta’ala A’lam.

Sekian, terima kasih.
JazakalLahu Khairan kathira

Saturday, June 12, 2010

Langit tak selalu cerah....

Hidup tidak selalunya indah...
Langit tak selalu cerah...

Usah mengharapkan kesenangan..
Dalam perjuangan perlu pengorbanan...

"Lebih baik belajar menerima takdir daripada menyesali apa yang telah berlaku.."

Teruskan langkah kakimu..

Demi waktu dhuha.
Dan demi malam apabila telah sunyi
Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula membencimu
dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang.
Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya.
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur.
(ad-Duha : 1~11)






Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu...
Dalam senang awasi kealpaanmu...
Setitis derita melanda...
Segunung kurniaanNya...

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya." (Riwayat al-Bukhari)

Yeay~
Allah sayang Dzulaikha.
Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula membencimu
dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
you just have to believe!!



~melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU~

Wednesday, June 2, 2010

sudah sampaikah berita tentang itu?

Sudahkah sampai kepadamu berita tentang hari kiamat?

Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina.

Kerana bekerja keras lagi kepayahan

Mereka memasuki neraka yang sangat panas.

Tidak ada makanan bagi mereka selain dari pohon yang berduri,

yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar.

pada hari itu banyak pula wajah yang berseri-seri,

merasa senang kerana usahanya sendiri,

mereka dalam syurga yang tinggi,

di sana kamu tidak mendengar perkataan yang tidak berguna.

Di sana ada mata air yang mengalir.

Di sana ada dipan-dipan yang ditinggikan,

dan gelas-gelas yang tersedia,

dan permaidani-permaidani yang terhampar.

Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana diciptakan?

Dan langit, bagaimana ditinggikan?

Dan gunung-gunung bagaimana ditegakkan?

Dan bumi bagaimana dihamparkan?

Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan,

Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka,

kecuali orang yang kafir dan berpaling

maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar.

Sungguh, kepada kamilah mereka kembali,

kemudian sesungguhnya Kamilah membuat perhitungan atas mereka.

(Surah al-Ghashiyah : 1-26)

Monday, May 10, 2010

warkah untukmu sahabat

Assalamualaikum...
Terlalu lama rasanya tidak mencoret sesuatu di sini...
Tak kusangka kehidupan di sini sesibuk ini...
Tiada lagi teman2 untuk dibawa berbincang tentang homework yang susah...
Tiada lagi sensei2 yang bersedia untuk mengajar berulang kali perkara yang tidak difahami...
Tiada lagi tempat untuk bergantung dan mengadu masalah...

Kini aku dan kamu, hanya ada Dia...
Dia yang sentiasa di sisi, sentiasa di hati juga insyaAllah...
Kehidupan ini banyak mengajar...
Hanya Dia tempat bergantung yang sebenar-benarNya...

Ya Allah, kusyukuri kesusahan ini...
Hanya kepadaMu jua aku berharap dan memohon pertolongan...

Ya Allah, aku mohon Kau pelihara iman di hati ini, jua hati mereka...
Ya Allah, aku mohon Kau pelihara ukhwah kami, walau badai melanda...

Sahabat, aku rindu kamu...
Sahabat, tiada yang paling indah dalam hidup ini, selain kasih dan doamu untukku...
Sahabat, hanya ini yang mampu aku titipkan, buat bekalan kita semua...
bekalan mengharungi kehidupan penuh cabaran ini...




Sahabat, aishiteru fillah...



~melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU~

Sunday, April 25, 2010

dulu dan kini...

Dulu....

Ni meja study masa kat JAD. Dahsyatkan penangan kimatsu shiken(final exam). Kenangan terakhir sebelum ke nihon.


Ni pulak katil n bantal peluk kesayangan. Juga kenangan terakhir sewaktu kimatsu shiken. Tak cukup meja, atas katil pun penuh dengan nota-nota.

Rindunya kesibukan tu. Rindu meja dan katil di tbp. Kouhai tachi, hargailah nikmat tu.

Kini segalanya berubah...

Ni ruang study di bilik saya yang baru.

Percaya tak? Setiap malam tidur atas karpet sebelah meja ni je. Katil dah takde.

Ni pulak penjuru lain bilik.

Bilik ni ada koridor, tempat sidai baju.

Ni pulak pemandangan luar dari koridor bilik. Ni jalan nak pergi eki(train station). Setiap hari lalu jalan ni untuk ke universiti.


Kalau tengok bawah, ade jalan raya.

Tapi yang paling cantik, bunga ni kan. Sebab ni Allah yang ciptakan.

Hari ni cerah, jadi rasa bersemangat untuk tangkap gambar. Lagipun keseorangan di rumah, jadi rindu pada suasana di JAD dulu. Rindu tbp. Rindu Malaysia. Tapi, ni jalan yang Allah dah tetapkan untuk saya. Harus harunginya jua, walau sesukar mana pun ia.

Semoga di ruangan ini, saya mencipta kenangan baru. Semoga ruangan ini pula menjadi saksi hari-hari saya di sini.

Ya Allah,
permudahkanlah urusanku di sini...
tabahkan hatiku untuk melalui hari-hari penuh cabaran di sini...
teguhkan iman di hatiku, agar aku tidak terpedaya dengan kemaksiatan di sini...
peliharalah hati ini agar terus berusaha mencari redhaMu...


"Melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU"

Saturday, April 17, 2010

Semoga semangatmu terus subur dalam hati kami...

Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya.

Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada hari ini, 17 April 2010 genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.


Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid.


“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi.

Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.

Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun.

Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.

Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.

Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan.

Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.

Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).

Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?

Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif