Sunday, August 28, 2011

Di dalam hati ini..


“di dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t.

di dalam hati ini juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

di dalam hati ini juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya.

di dalam hati ini juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

dan di dalam hati ini juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”

Ibnu Qayyim

Saturday, May 21, 2011

Jom betulkan niat!

Assalamualaikum..
Post ni khas untuk kawan-kawan yang berhajat untuk sambung master, terutamanya di nihon.
Saya pun hajatnya jika ada peluang, teringin untuk sambung master di sini.
Tapi bila difikirkan kembali, apakah faktor utama yang membuatkan kita nak sambung belajar?
Ataupun, apakah niat kita untuk sambung belajar?

"2 tahun macam sekejap sangat je...tak puas lagi duduk kat nihon.."
"Kalau sambung master boleh kumpul duit banyak lagi...lagipun scholar untuk master lagi banyak.."
"Banyak lagi yang saya nak belajar dekat sini. Kalau boleh, biarlah dapat buat sesuatu untuk Malaysia bila balik nanti..."

Mungkin terdapat berbagai-bagai lagi sebab yang membuatkan kita teringin untuk sambung belajar lagi kat sini. Ini mungkin peringatan dari Allah agar saya betulkan kembali niat saya untuk sambung belajar. Jadi saya kongsikan peringatan ini, agar kita sama-sama beroleh manfaatnya.

Kelmarin(ototoi), sewaktu bercerita tentang al-Quran kepada sensei dan senior lab saya, sensei pun bertanya,

"Al-Quran tu ada berapa mukasurat?"

"Ada dalam 600 mukasurat"

"Ada ke ayat-ayat yang berulang dalam Al-Quran?"

"Ada je..sebab manusia kan pelupa..perlu sentiasa diingatkan.."

"ooo...Apa yang menarik dalam Al-Quran?Ceritalah sikit.."

"Dalam Al-Quran ni banyak dikisahkan tentang kehidupan kita selepas mati...tujuan penciptaan kita dan lain-lain lagi.."

"Apa tujuan penciptaan kita?"

"Untuk menjadi hamba kepada Allah"

"Eh, tu saje?Ayat Al-Quran bukan ada banyak ke?Yang tu dalam satu ayat je boleh habis kan?"

"Memang la..ayat-ayat yang lain menerangkan pulak bagaimana cara kita nak hidup untuk Allah..contohnya pasal puasa semua..."

"oo..."

Lepas tu entah bagaimana topik perbualan berubah dan sensei saya bercerita tentang seorang ryugakusei(pelajar luar negara) dalam lab kami. Pelajar tersebut sengaja menggagalkan dirinya dan repeat year setahun semata-mata untuk menyimpan duit scholar lebih. Biasiswa yang diperolehinya juga membenarkan dia untuk mengulang tahun, jadi dia memilih untuk mengulang setahun lagi di Jepun. Saya yang mendengar pun tersenyum. Lalu saya pun kata,

"Sebenarnya, saya pun terfikir macam tu juga. Kalau dapat sambung belajar kat nihon, boleh simpan duit lebih banyak lagi...tambahan pula kalau sambung master scholar akan bertambah lagi.."

Sensei dengan nada terkejut pun bertanya,

"Eh, orang Islam pun macam tu ke? Fikir pasal duit je? Dalam Al-Quran takde tulis ke pasal tak boleh kejar duit?"

Masa ni terasa macam batu besar menghempap kepala. Terus saya menafikan dan menyeru Allah dalam hati.

"Bukan!Bukan macam tu!Islam tak ajar macam tu. Al-Quran tulis setiap benda yang kita nak buat mesti kerana Allah, bukan kerana duit. Tapi saya yang terlupa. Manusia kan pelupa. Terima kasih sensei ingatkan"

Perkara ini sentiasa berlegar-legar dalam minda saya sehingga saat ini. Sehingga saat ini juga saya merasa takut, takut saya menjadi fitnah kepada Islam, takut tersalah niat untuk sambung belajar, dan paling utama, takut Allah murka dan tak redha terhadap saya.
Ya Allah, ampunilah aku...

Oleh itu, di kesempatan yang ada ini, saya nak mengingatkan kembali diri saya dan kawan-kawan lain yang ingin sambung belajar untuk kita sama-sama fikirkan dan betulkan kembali niat kita. Sama-sama juga kita singkirkan niat-niat sampingan yang mungkin merosakkan amal kita.

Juga buat rakan-rakan yang lain, marilah kita perbaiki diri kita. Baru tersedar, berat tugas kita sebagai Muslim. Segala perlakuan, percakapan, tingkah laku, cara berfikir kita akan mencerminkan Islam yang kita anuti. Mereka akan menilai baik-buruk Islam melalui cerminan akhlak dan diri kita. Semoga Allah membantu kita untuk terus istiqamah dalam usaha menggapai redhaNya.

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi ke atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu...."(2:143)

Thursday, May 5, 2011

Allah tak kedekutlah!!

"yatta(berjaya)!!" Saya menjerit kegirangan. Dalam hati memanjat kesyukuran kepadaNya setelah berpenat lelah selama hampir 3 minggu menyiapkan programming maikon H8/3664F untuk robot(research) saya.

"mou dekita?(dah berjaya?)"tanya pembantu sensei lab saya.

"Un, dekita to omoimasu. Umaku dekinakutemo, dekita to shinjitai desu."
"(haah, dah berjaya saya rasa. Kalau tak betul2 berjaya pun, saya nak percaya dah berjaya)"

"Un, sore wo shinjite ii yo..(ok je nak percaya macam tu)"

Saya pun tersenyum kepuasan lagi. Akhirnya berjaya juga setelah beberapa kali saya hampir putus asa mengusahakan programming tersebut. Tiba-tiba, pembantu sensei pun berkata,

"Zura-chan, kamisama kechi desune...(Tuhan awak kedekut eh..)"

Dengan nada terkejut, saya pun berkata, "eeee?"

"Mainichi mo oinori shiteru desyou?(Awak sembahyang setiap hari kan?)"

"hai(haah)"

"Mainichi mo kamisama ni oinori shiteru noni, mou 3shuukan gurai gambatteruyoune. Kamisama kechi desune. (Walaupun awak sembahyang setiap hari, awak terpaksa berusaha hampir 3 minggu untuk berjaya. Tuhan awak kedekut kan)"

"eee...sou dehanai....ima made iroiro benkyou dekiru kara...kamisama ha kechi janaiyo.."
"(eee...bukan mamcam tu lah...sehingga waktu ni, banyak yang dapat saya belajar..Tuhan saya tak kedekutlah!!)"

Tak sangka, itulah yang difikirkan oleh seorang yang tak percayakan Tuhan, bila melihat kita yang yakin dengan kewujudan Allah SWT dan takdir yang ditetapkan olehNya adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin mereka terfikir, kedekutnya Tuhan, yang lambat memberi kejayaan kepada kita. Tapi kalau nak kata Allah kedekut, hari ni, kita dan mereka takkan mampu pun untuk bernafas atas muka bumi ni.

Kalau Allah kedekut, kita hamba yang penuh dosa noda ini, pasti sudah tak diberi peluang untuk menikmati nikmat hidup, bersahabat, belajar, bermain dan lain-lain lagi. Mungkin ini salah satu tarbiyah tak langsung dariNya, untuk saya kembali refresh iman di hati, dan menguatkan keyakinan bahawa, tak semua yang kita mahu, baik untuk kita. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Memang susah untuk bersangka baik dengan Allah SWT apabila kita diuji dengan pelbagai ujian hidup yang menyempitkan jiwa. Walaupun telah berusaha berminggu-minggu lamanya, pergi lab awal pagi, dan pulang lewat malam tanpa sebarang progress pada programming tersebut, sangat meletihkan. Pernah juga saya bertanya kepada sensei,

"sensei, akiramete mo ii desuka?"
"(sensei, nak putus asa boleh?)"

Saya memang tak berminat dengan programming. Tetapi terpaksa juga menghadap programming kerana dalam setiap robot, memang perlu hardware dan software. Memang skill seorang yang belajar mechanical engineering adalah bab design, hardware dan sebagainya, tapi nak tak nak untuk menggerak sesuatu robot, kita perlukan kairo(litar), dan program untuk menggerakkannya.

Tapi sungguh, saya terasa yang doa-doa dan solat setiap hari itulah sumber kekuatan untuk terus berusaha. Dan sungguh, banyak yang dapat saya pelajari untuk berjaya dalam masa 3 minggu tersebut. Daripada 'zero' pengetahuan tentang programming dan command untuk H8/3664F, kini saya dah boleh faham sikit maksud-maksud setiap command tersebut. Saya juga belajar cara nak confirmkan shingou(isyarat) dihantar atau tak ke maikon menggunakan beberapa software yang saya tak tahu langsung sebelum ini.

Bukan Allah kedekut, tapi Allah Maha Pemurah nak ajar saya macam-macam. Yang paling utama, nak sedarkan saya betapa bertuahnya saya terpilih untuk menjadi Hamba yang percaya padaNya. Waktu lemah, saya ada Dia, waktu berjaya juga, saya bersama Dia. Mengadu bila kesusahan, bersyukur bila berjaya. Terima kasih ya Allah!!

Syukur juga, Allah hantar dialog sensei secara tak langsung kepada saya agar saya muhasabah balik dan bersyukur kepadaNya, sesungguhnya kejayaan itu bukan dari hasil usaha saya, tapi dari pertolongan dan ilham dariNya jua. Ya Allah, selamatkan aku dari riak dan takabbur.

Terima kasih ya Allah, kerana hari ini, saya yakin dan percaya, Allah tak kedekut!


Tuesday, March 15, 2011

11 Mac 2011 - Hari yang takkan kulupa

10.30pagi
H8

Sibuk membelek microcomputer(マイコン) H8 di lab.

12.00 tghari

”お召し時間ですよ。。ズライカさんはどう?(Dah tiba waktu makan. Dzulaikha awak mcm mane?)”
”ああ。。大丈夫です。(hm, xpelah..)”
Dan saya pun bergerak ke bilik solat, seterusnya ke seven11 membeli makanan tengahari.

1.00 tghari

"Hari ni awak makan dengan secretary lab kite lagi ke?"
"Haah. Dah janji dengan die nak makan pukul 1."
"Bukan dah pukul 1 ke sekarang?"
"haah...tapi, saya tunggu die mail dulu. Die pun tengah tunggu sensei datang.."
"ooo..ok."

1.15 ptg

Menikmati makan tengahari bersama secretary lab di shokudo. Hanya dia seorang sahaja perempuan yang ada kene mengena dengan lab tersebut. Seboleh mungkin nak cuba rapat dengan beliau. Tambahan pula beliau juga tidak minum arak. Ada juga peneman sewaktu ke nomikai nanti.

"Awak discussion dengan sensei pukul berapa nanti?"
"Pukul 2.30 ptg nanti.."
"oo...sekarang ni sensei tengah mesyuarat..."
"ye ke...awak rehat sampai pukul berapa ni?"
"sampai pukul 2 ptg je...jom naik, dah pukul 2 ni.."
"ok, jumpe lagi nanti.."

2.30 ptg

Saya bersama sempai lab pun menuju ke bilik sensei untuk sesi discussion mingguan(untuk update tentang research yang dibuat). Tapi nampaknya sensei masih tidak kelihatan sehingga jam 2.50 petang. Maka kami pun berborak-borak lagi dengan secretary lab yang duduk sebilik dengan sensei.

2.53 ptg

Bilik sensei bergoyang. Lantai bergegar dan dinding berayun. Suasana bising kedengaran di luar bilik sensei. Secretary tersebut terus menarik tangan saya untuk keluar dari bangunan. Kami berlari bersama-sama mereka yang lain menuju ke luar bangunan universiti. Bumi bergegar lagi untuk 2-3 minit dengan gegaran yang kuat. Bangunan universiti bergoncang dan terdengar bunyi barang-barang jatuh. Paip yang mengalirkan air hujan di bahagian luar juga seakan-akan mahu tercabut akibat gegaran tersebut.

Semua berkumpul di luar universiti

Helikopter berlegar-legar di ruang udara. Talian telefon disekat. Kami hanya boleh menonton televisyen dekat handphone untuk tengok berita tentang kedahsyatan gempa yang berlaku. Berita-berita tentang tsunami, kebakaran tersiar. Rakan-rakan Jepun dan sensei semua sedaya upaya menghubungi ahli keluarga masing-masing walaupun talian telefon tak berapa ada.

4.00 ptg

"Semua boleh masuk semula ke dalam universiti. Tapi jika berlaku gegaran lagi selepas ini, terus bergerak keluar tanpa menunggu pengumuman." Pengumuman dari pengawal keselamatan. Sempai ajak balik jalan kaki kerana train pasti tidak bergerak dalam waktu terdekat ini. Mungkin juga tak bergerak sehingga malam nanti. Saya terus ke kaunter pengawal untuk mengambil kunci surau, tetapi tidak dibenarkan kerana keadaan masih tidak stabil, lantas saya kembali ke research lab.

Di research lab,
"Dzulaikha, waktu solat awak kan sekarang? Dah solat?"
"Belum, nak pergi solatlah ni. Kalau lepas solat nak balik boleh?"
"Tapi slide presentation untuk hari isnin ni tak siap lagi. Lepas awak solat kite buat sekejap."
"hm...ok."
"Sekarang kite pergi discussion dengan sensei dululah."
"ok..."

4.20 ptg

Di bilik solat..

"Akak, gomen lambat. Tadi pergi discussion sekejap."
"Takpe la...jom cepat balik. Nanti hari gelap susah nak cari jalan."
"Tapi sempai lab saya tak bagi balik lagi...kene buat slide untuk hari isnin nanti dulu.."
"Cakapla nak balik cepat..."
"hm...ok.."

4.40 ptg

Setelah buat draf slide untuk presentation pada hari isnin nanti, saya pun bergegas bertemu sempai tachi untuk berjalan sama-sama pulang ke rumah mereka. Dari Iidabashi station ke Kotake Mukaihara station. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 16minit menaiki train itu mengambil masa selama 4jam untuk kami sampai. Dengan hanya berpandukan peta di tepi jalan, kami menelusuri jalan-jalan bersama ratusan lagi nihonjin yang menuju arah yang sama dengan berjalan kaki. Kami tidak lupa untuk menjengah setiap station, untuk melihat samada train sudah beroperasi ataupun belum. Ternyata, sehingga sampai di Station Kotake Mukaihara pun train masih belum beroperasi.

Ada beberapa ketika, kami terpisah. Tapi alhamdulillah, dalam keramaian itu, kami dipertemukan semula oleh Allah SWT. Terasa benar, saat-saat kesusahan, hanya dia yang dapat membantu. Tak boleh nak call satu sama lain.

Malam

Malam itu kami didatangi lagi beberapa siri gempa yang agak kuat. Kami tidur bertudung malam itu bagi membolehkan kami untuk keluar segera jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. TV pula sentiasa dibuka agar kami dapat update tentang status keselamatan untuk setiap masa. Talian telefon masih seperti tadi. Sedaya upaya cuba telefon family untuk memaklumkan keadaan diri. Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan selamat.

Setelah 2 minggu berlalu..
Sedar tak sedar, dah 2 minggu lamanya berlalu peristiwa ini. Peristiwa yang takkan dapat dilupakan, jadi saya coretkan di sini, supaya sentiasa menjadi peringatan kepada diri sendiri pada masa akan datang. Beberapa perkara yang menarik perhatian saya adalah..

1. Walau apa pun yang terjadi, tanggungjawab harus dilaksanakan. Keadaan kelam kabut, gempa susulan yang masih tidak berhenti, tapi apabila dibenarkan masuk semula dalam bangunan, perkara pertama yang diajak oleh sempai adalah pergi discussion dengan sensei. Perkara yang seharusnya kami lakukan sewaktu kejadian.

2. Manfaatkan masa yang ada. Hampir 1 jam juga kami terpaksa berada di luar bangunan sebelum dibenarkan masuk kembali. Yappari sensei memang terbaik. Waktu menunggu ni pun sempat bertanya dan update dengan ahli-ahli lab tentang research masing-masing.

3. Tidak berebut dan sabar menunggu. Sewaktu berjalan kaki pulang ke rumah sempai, di tepi-tepi jalan kelihatan orang ramai eratur dan sabar menunggu bus di bus stop2 yang ada. Bukan tidak terfikir untuk join mereka, tapi barisan-barisan tu panjang sangat. Bus pon dah macam sardin je. Teksi pon dah tak nampak. Tapi kagum sangat sebab nihonjin memang sabar menunggu.

4. Kita boleh kalau kita fikirkan boleh. Saya pun macam tak percaya boleh berjalan sejauh itu dalam keadaan cuaca yang sejuk, angin kuat malam tu, iphone sempai dah nak habis bateri, teknologi GPS pun dah tak dapat membantu. Mencari jalan secara manual dan berjalan selama 4 jam. Suatu yang jika difikirkan kembali, takkan mampu untuk dilakukan. Tapi mungkin semangat ingin cepat sampai rumah, dengan ketidakpastian berapa jauh lagikah perjalanan yang harus ditempuhi, kami berjalan dan terus berjalan.

5. Kita merancang, Allah jua merancang, pasti perancangan Allah lebih baik. Kami kelaparan sewaktu perjalanan. Sewaktu di ikebukuro, kami bercadang untuk singgah makan dahulu di sebuah restoran masakan melayu demi merecharge kembali tenaga sebelum meneruskan perjalanan pulang. Tapi malangnya kedai tutup. Singgah konbini untuk beli makanan, tapi semuanya habis. Ada takoyaki yang tinggal 1 bekas je lagi, sempai beli dan kami kongsi bersama. Harapannya balik nanti nak masak nasi dan makan best. Tapi bila sampai rumah,

Keadaan dapur sempai

gempa yang berlaku rupanya lagi dahsyat daripada yang disangkakan. Maka, kami pun makan maggi je malam tu. Tapi kami kenyang dan terasa kemanisan berukhuwah.

6. Kalau jatuh, jangan takut untuk bangun. Sehingga hari ini, gempa masih tidak berhenti lagi walaupun kekerapan sudah tidak seperti hari-hari sebelumnya. Keadaan di nuclear reactor on off on off. Asap putih, kelabu, hitam semua dah keluar. Kebocoran juga dikesan dan kawasan sekitar 30km dari loji ternyata positive mengalami radiasi. Tapi hidup perlu diteruskan. Sangat kagum dengan semangat nihonjin. Malam kejadian juga train kembali berfungsi. Pemutusan bekalan elektrik secara berkala dirancang agar tenaga boleh disalurkan untuk penyejukan reactor. Hari isnin, 14 Mac, mereka di Tokyo bergerak ke tempat kerja seperti biasa bagai tiada apa yang berlaku walaupun keadaan pejabat dan huru-hara.

Bangunan universiti sedang dibaiki

7....
8....
9...

Sehingga hari ini, 2 minggu telah berlalu dan saya masih terkesan dengan perkara-perkara baru yang saya pelajari di sini berikutan gempa, tsunami dan krisis radiasi. Segalanya menguji mereka untuk terus bertahan dan hidup seperti biasa. Ternyata semangat nak membangunkan kembali nihon itu tersemat dalam jiwa setiap dari mereka. Semoga ibrah dari segala yang berlaku menjadikan saya lebih postive dengan ujian hidup dan bersemangat untuk kembali memperbaiki diri. Yosh, gambarou!!

Tuesday, March 8, 2011

Today’s thorn, is tomorrow’s flower!

Once there was a man who asked Allah for a flower and a butterfly. But then, Allah gave him a thorny cactus and a hideous caterpillar. He was very sad, and frustrated. He wonder why his easy request is mistaken. But he said,

“Oh well, Allah has too many things and too many people to care about. ” Then he left his requests..

Weeks later, he come to check up his left forgotten requests. He was surprised by a pretty flower from the cactus. While the unseen caterpillar has changed to a beautiful butterfly…

see, Allah does his ork his way. So when u don’t get what u want, TRUST, Allah has something better for u. He knows the best for us.

Today’s thorn, is tomorrow’s flower!


Yosh, gambarou!!


p/s : cerita diambil dari sini.

Thursday, March 3, 2011

tak semua perkara sesuai

Saya ada cita-cita yang tinggi. Nak buat robot untuk bantu orang lumpuh berjalan dengan normal. Alhamdulillah, ditakdirkan Allah terpilih untuk masuk rikadai, terpilih pulak untuk masuk lab yang buat robot. Walau sesibuk mana pun lab tersebut, saya tetap bulatkan hati, tetap dengan keputusan untuk masuk lab tersebut. Alhamdulillah, sewaktu memilih tema research untuk tahun terakhir ini, saya diberi peluang untuk memilih tajuk tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi, yang mempermudah langkah saya mengejar impian. Sewaktu memilih tema tersebut, senior-senior ramai yang cakap,

"eh, susah la tema tu.."
"biar betul nak buat?susah la..."

Lecturer pun tanya saya banyak kali,
"betul ni awak nak buat?tema ni susah. Saya bukan tak bagi awak buat, kalau awak nak jugak, buatlah. Tapi memang susah."

semua orang pun macam tak bagi saya ambil tema tu. Tapi waktu tu dengan yakinnya saya jawab,
"hm, saya nak try buat jugak!"

Lepas tu semua orang pun biar je lah, sebab saya nak jugak. Tapi lepas tengok robot yang senior dah buat, tiba-tiba saya rasa saya takkan mampu untuk sambung tema tersebut. Baru tersedar, hakikatnya saya ni seorang perempuan, muslimah pulak tu. Tak semua yang saya inginkan dan cita-citakan dapat saya kecapi.

1. Saya kene buat semua sorang2, sebab ini projek saya seorang. Dari proses design, buat setiap part, order skru, buat controller, dan pasang siap. Bab design dan buat setiap part saya macam boleh usaha lagi, tapi bab pasang siap, saya rasa sebagai perempuan, kudrat saya tak mampu nak mengangkat besi-besi besar tersebut, dan untuk ketatkan skru dan bukak skru pun saya tak mampu rasanya. (Dulu masa kat jad, waktu jisshu bukak&pasang semula enjin pun saya tak lepas nak bukak skru dan start enjin)Oh, lupa nak bagitau, saya ni boleh tahan KECIK orangnya. Tenaga saya memang tak banyak. Kalau ada pameran atau apa2 konvensyen, saya terpaksa bawak robot tersebut, tapi macam mana saya nak angkat? Lepas tu, projek ni kene test dekat pesakit, nanti siapa pulak nak angkat pesakit?

2. Lab saya semua lelaki. Kalau saya nak buat test ke atas robot saya, terpaksa minta mereka jadi model saya. Maksudnya saya kene pakaikan mereka robot saya. Sewaktu senior saya menerangkan tentang robot beliau kepada saya, senior tersebut pun pakai(robot untuk angkat orang lumpuh, jadi nak pakai tu, macam pakai pampers dekat baby, supaya boleh support bahagian bawah badan untuk dirikan orang) robot tersebut dan buat demo. Selepas tu, senior tu pun cakap,

"Cuba awak try pakai pulak...eh, tapi awak pakai skirt..."
(sebenarnya saya tengah pakai baju muslimah)
"tudung memang tak boleh tanggalkan kan?tapi skirt tak semestinya pakai kan?kalau awak nak cuba, awak tak payah la pakai skirt.."
Tak tau nak respon macam mana time ni. Ada perasaan taknak pakai, dan taknak buat projek ni. Macam pakai pampers depan orang pun ade. Kalau pakai sendiri boleh tahan lagi, tapi mesti senior tu nak tolong pakaikan sebab saya pon bukan reti sangat. Oh, tidak!!T_T

Atas 2 sebab ni, saya rasa saya tak sesuai untuk buat tema ni. Walau saya suka macam mana sekalipun, walau projek ni sangat baik dan ade market value sekalipun, dapat membantu ramai orang sekalipun, saya tak sanggup nak korbankan diri dan agama saya. Saya tak sanggup nak pakai t-shirt pendek, saya tak sanggup nak pegang orang lelaki dan biar orang lelaki pegang saya, saya tak sanggup nak asyik mintak tolong dengan kawan satu lab untuk pasangkan skru kat robot saya.

Oleh sebab itu, hari ni saya jumpa lecturer dan cakap, saya ubah fikiran. Saya rasa saya tak mampu nak buat. Lecturer macam marah jugak,
"Semalam awak jugak yang cakap awak nak. Saya dah cakap kan projek tu susah."

Jadi, hari ni saya pilih tajuk baru untuk research saya. Pasal rail kren kat tapak pembinaan. buat mesin/robot untuk mengesan retak yang ada pada rail. Semua kene buat sendiri jugak, tapi sebab robot ni lebih kecil, insyaAllah harap-harap berjaya.

Hal ini menyedarkan saya, betapa wanita itu tempatnya bukan di bidang mekanikal, yang memerlukan tenaga yang banyak, dan tempat kerja yang penuh dengan lelaki. Tapi, tiada yang lebih baik daripada apa yang telah berlaku. Selagi punya pilihan, pilihlah yang terbaik untuk agama dan diri kamu wahai rakan-rakan Muslimah. Semoga segalanya tidak tergadai dengan alasan memenuhi impian dan cita-cita.

Ya Allah, permudahkanlah...