Alhamdulillah...setelah berfikir dengan mendalam, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mempunyai blog sendiri. Mungkin inilah langkah bermulanya kerjaya dai'e saya dalam bidang penulisan. Tidak dapat dinafikan, dewasa ini teknologi telah berada di hujung jari, dan dengan hanya satu klik, kita dapat mencapai pelbagai maklumat. Cepat, pantas dan berkesan. Oleh itu, saya juga merasa pentingnya untuk mempergunakan teknologi ini dalam penyampaian idea dan pengalaman, juga kefahaman untuk dikongsi bersama semua pembaca.
Sekolah kehidupan. Kehidupan ini mengajar kita tentang banyak perkara. Melihat satu kepada banyak, melihat banyak kepada satu. Apape pun yang berlaku dlm hidup ini, semuanya saling berkait. Dan kita sebagai pengembara dan pemerhati, dikurniakan Allah SWT akal dan hati untuk mentafsir setiap yang berlaku di hadapan kita berdasarkan petunjukNya.
Ya, jalan ini masih panjang dan penuh liku. Allah did not promise that the way would be easy. But He did promise that He would be with you in every single step of your life, as long as you want Him to. Dan inilah jalanku. Dan disinilah langkahku bermula dengan keazaman dan keyakinan pada janji Yang Maha Esa. Semoga kita semua berada di bawah naungan rahmatNya.
“dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.”